Monthly Archives

January 2018

3 JENIS PERNIAGAAN TRENDING DI MALAYSIA

By | Tips Bisnes | No Comments

3 JENIS PERNIAGAAN TRENDING DI MALAYSIA

Kebanyakkan kita sering keletihan dengan kehidupan seharian, di mana masa banyak dihabiskan untuk bekerja dan keluarga kian terabai buat seketika. Kebanyakan kita menghadapi tekanan perasaan apabila tidak dapat seimbangkan antara kerja dan masa bersama keluarga. Tidak hiranlah pada zaman sekarang ramai yang lebih gemar berhenti kerja dan membina perniagaan sendiri kerana lebih percaya akan ada banyak masa bersama keluarga tercinta.

Anda ingin memulakan perniagaan dan ingin menjadi usahawan yang berjaya??? Jom lihat apakah perniagaan yang paling trending di Malaysia.

PRODUK KECANTIKAN

Produk kecantikan di Malaysia kini seperti pisang goreng panas. Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang kian mekar naik di Malaysia. Jika anda senaraikan produk kecantikan di Malaysia ini.  Tidak terkira kerana terlalu banyak untuk disenaraikan. Tambahan teknologi yang kian maju dan kehadapan membolehkan lagi pembelian produk kecantikan lebih mudah dan cepat. Jadi tidak hiranlah jika produk kecantikan menjadi tempat pertama trending di malaysia.

FESYEN

Industry fesyen sedang pesat berkembang di Malaysia. Dibuktikan lagi apabila industri fesyen menjadi viral ke serata dunia kerana penerimaan fesyen yang menjadi trending masa kini. Kebanyakan industri fesyen lebih update dari masa ke semasa. Selain itu, dengan peningkatan aktiviti beli-belah dalam talian, ramai mengambil peluang menjual pakaian fesyen tempatan melalui internet tanpa perlu risau tentang kos kerana melakukan dalam kuantiti yang banyak lebih menjimatkan kos. Jadi jika Bidang Fesyen menjadi mendapat tempat ke dua dalam trending di malaysia.

PRODUK MAKANAN

Perniagaan makanan adalah perniagaan yang paling mudah untuk melakukannya. Perniagaan yang bermula dari rumah juga boleh dijadikan perniagaan anda lebih kerkembang. Perniagaan makanan dapat memberikan peluang pulangan yang amat lumayan. Zaman kini, ramai yang mengamalkan delivery services kepada pelanggan menjadikan perniagaan makanan online lebih menjimatkan. Ini kerana kebanyakkan masa kini lebih gemar membeli makanan secara delivery kerana kekangan masa untuk memasak dan sebagainya. produk makanan mendapat no tiga di dalam perniagaan trending di malaysia.

Perniagaan yang dinyatakan di atas telah menjadi trending dan kian berkembang dari semasa ke semasa. Walaupun mempunyai pesaingan yang ramai jika kita mempunyai keunikan tersendiri kita akan berada di tempat paling tinggi. Setiap kita mempunyai keunikan masing-masing dan bakal menjadi trending di malaysia kelak.

CARA PENGURUSAN KEWANGAN WALAUPUN GAJI KECIL

By | Management | No Comments

CARA PENGURUSAN KEWANGAN WALAUPUN GAJI KECIL

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

Zaman sekarang tidak ramai yang pandai menguruskan kewangan dengan baik. Cuba anda bayangkan, jika rakan anda yang mempunyai gaji tinggi turut menghadapi masalah kewangan apatah lagi rakan anda yang mempunyai gaji kecil. Sebenarnya pengurusan kewangan yang menjadi tunggak utama dalam urusan kewangan anda yang betul dan teratur. Jika anda bergaji tinggi tapi tidak mahir pengurusan kewangan akan menghadapi masalah yang sama. Kebanyakan yang menghadapi masalah urusan kewangan kerana banyak perbelanjaan daripada menyimpan.

Anda haruslah bijak berbelanja supaya kewangan anda lebih stabil. Jika ada lebihan daripada simpanan dan perbelanjaan anda ia boleh dipanggil reward untuk membeli barangan kehendak anda.

Hilde Group berbesar hati kongsikan cara pengurusan kewangan walaupun anda hanya bergaji kecil.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. CIPTA MATLAMAT KEWANGAN

Dalam kehidupan seharian seharusnya mempunyai matlamat dalam hidup. Pastikan anda cari satu matlamat untuk membolehkan anda mencipta matlamat anda, sebagai contoh, simpanan untuk membeli rumah atau sebagainya.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. DAHULUKAN MENYIMPAN SEBELUM MEMBELI

Tanam undang-undang baru di dalam kehidupan anda. Dahulukan menyimpan wang anda sebelum membeli. Pastikan menyimpan menjadi keutamaan di dalam kehidupan, selebihnya anda boleh gunakan untuk berbelanja.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. UTAMAKAN KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK

Untuk mengelak anda berbelanja lebih pastikan anda dapat membezakan keperluan dan juga kehendak anda. Pastikan anda utamakan keperluan anda daripada kehendak. Jadikan kehendak anda adalah satu “reward” kepada diri anda jika anda mempunyai duit lebih kelak. Yang paling penting pastikan keperluan anda diutamakan.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. BERI KESEDARAN KEBAIKAN MENYIMPAN

Kebanyakan kita tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyimpan. Penyimpanan bukan hanya perlu dilakukan untuk jangka masa panjang malahan dapat digunakan waktu kecemasan.

Hilde Group berharap dapat membantu anda serba sedikit dalam pengurusan kewangan anda. Tip di atas amatlah mudah dan senang untuk diikuti. Terdapat pelbagai lagi info mengenai pengurusan di www.hildegroup.com. 

 

 

memulakan perniagaan | hilde group

CARA MUDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE!! WAJIB BACA

By | Tips Bisnes | No Comments

CARA MUDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE!! WAJIB BACA

Hilde Group yakin bahwa ramai pada hari ini mempunyai acc facebook, instagram, twitter dan sebagainya. Adakah anda tahu bahawa semua social media di atas adalah free dan mudah untuk memulakan perniagaan anda?

Ruginya jika anda boleh mendapatkan pulangan wang yang berganda dalam media social anda dari hanya membazir masa dengan hanya bermain di laman sesawang anda.

Disini terdapat cara mudah untuk anda memulakan perniagaan anda secara online dan tidak perlu mengeluarkan apa2 modal. Hanya melakukan iklan dan mencari pelanggan untuk membeli. Apa yang menarik lagi adalah kenalan facebook anda kebanyakan yang sudah mengenal anda, jadi lebih mudah anda memperoleh kepercayaan daripada pembeli anda.

Berikut adalah cara mudah memulakan perniagaan online anda!

1. MENJADI DROPSHIP

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya dan sedang usaha untuk berjaya. Untuk permulaan, anda tidak perlulah memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan mencari kilang oem untuk keluarkan produk anda. Sudah pasti memerlukan wang yang banyak untuk permulaan ini, jadi tidak perlu pening kepala. Cukup dengan menjadi dropship sudah membawa untung yang banyak kepada anda.

2. JANGAN HANYA MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN

Usah terlalu memikirkan kewangan semata- mata, pastikan anda ubah niat anda berniaga kerana ingin membantu pelanggan anda yang mempunyai masalah. Tidak ada di luar sana yang mengatakan bahwa pengeluaran modal yang banyak dapat menjamin keuntungan. Tapi jika kita memberi kita akan mendapat pulangan lebih seperti ikhlas.

Fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Makin ramai yang dapat faedah dari produk anda, makin besar jualan anda nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan perniagaan anda, mulakan dari kecil dan ditingkatkan bila jualan semakin membesar.

3. MULAKAN DENGAN PERCUMA

Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan anda. Ada rakan – rakan kita yang tersalah langkah dengan mengeluarkan modal yang banyak untuk memulakan perniagaan tampa mengkaji terlebih dahulu. Jangan sesekali membuat pinjaman bank atau sebagainya. Kerana anda boleh mulakan perniagaan anda dengan perniagaan yang percuma. Cari yang percuma terlebih dahulu. Dengan ini akan membantu anda untuk berjaya dan mulakan perniagaan anda. Jangan tersilap langkah.

Anda tidak perlukan modal yang besar kerana anda belum di tahap untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.

Pastikan anda mencari guru untuk berunding tentang permasalahan anda. Yang paling utama adalah anda bekerja di dalam pasukan membolehkan anda terus bersemangat dalam menjayakan misi dan visi anda. Cari guru yang terbaik? terus ke laman web hilde group

Hilde Group
Berniaga Itu Sunnah.

TIP MUDAH MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN

By | About Hall | No Comments

TIP MUDAH MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN

dewan perkahwinan | hilde group

Cuti persekolahan bakal menjelma tak lama lagi. Pasti banyak majlis perkahwinan bakal dijalankan. Tidak kiralah di kota mahupun di desa. Hilde group dengan besar hati ingin memberi TIP MUDAH MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN untuk memudahkan urusan anda semua. Pemilihan dewan perkahwinan bukanlah perkara mudah yang boleh diambil sambil lewa. terdapat pelbagai jenis faktor yang harus diambil beratkan. Kerana majlis ini hanya berlangsung sekali seumur hidup anda semua, betul kan? jadi pemilihan dewan haruslah dipilih dengan betul dan teliti.

Tips memilih dewan perkahwinan adalah :

1.Survey Tarikh Kekosongan Dewan

Pastikan anda serve terlebih dahulu tarikh kekosongan dewan perkahwinan sebelum anda tentukan tarikh majlis anda. Ini adalah untuk mengelakan berlakukanya locatan harga yang mendadak kerana anda sudah tiada pilihan untuk booking dewan pada tarikh berkenaan jika kad kahwin telah dilakukan. pastikan anda memilih dewan dengan lebih awal untuk mendapatkan harga murah. Hubungi individu yang menguruskan tempahan dewan dan nego harga dengan baik.

2. Lokasi dan keluasan Dewan

Dewan yang berdekatan dengan rumah akan lebih memudahkan anda melakukan urusan persiapan majlis anda. Apabila tiba hari majlis, urusan anda dengan vendor yang akan melakukan kerja-kerja persiapan majlis mudah dipantau tanpa perlu berulang-alik dengan jarak yang jauh.  Selain itu, keluasan dewan juga haruslah ambil berat agar semua panggilan yang datang ke majlis selesa dan nyaman.

3.Kemudahan Dan Asas Dewan Yang Disediakan

Pastikan dewan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, penghawa dingin atau kipas dan bilik persalinan. Kebanyakan dewan menyediakan kemudahan asas ini. Jika mereka menyediakan kemudahan ini, pastikan anda membuat pemeriksaan terhadap keadaan kemudahan tersebut agar tidak menghadapi kesulitan di majlis gemilang anda. Yang paling penting pastikan penghawa dingin dan tandas berfungsi dengan baik.

4. Tempat Letak Kereta (Parking)

Untuk memastikan keselesaan tetamu anda, pastikan dewan yang anda tempah mempunyai tempat letak kereta yang luas. Ianya sangat penting bagi memastikan tetamu anda tidak berjalan jauh untuk mencari tempat letak kereta.

5. Dewan tidak bergema

Sekiranya anda menempah penyedia karaoke atau PA System, pastikan dinding dewan perkahwinan yang dipilih mempunyai ‘sound proof board’ atau penyerap bunyi. Ini penting untuk memastikan majlis anda tidak bergema dan mengganggu pelancaran majlis anda.

6. Buat Pemantauan Di Lokasi Dewan

Luangkanlah sedikit masa untuk datang ke dewan tersebut untuk melihat majlis orang lain dan kawasan sekitar dewan perkahwinan anda. Rasakan sendiri keselesaan dewan tersebut melalui pemerhatian anda dari jauh. Lihat pencahayaan dewan tersebut dan sebagainya.

Jika anda mempunyai masalah anda boleh melihat secara langsung Jardin Royale Transformation Hall di Star Avenue! semua kelengkapan lengkap beserta selesa. Anda boleh terus hubungi Cik Intan di talian 01156593110 untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

ELAKKAN DIDENDA DENGAN FILE RESIT YANG TERBAIK DAN MUDAH!

By | Management, Uncategorized | No Comments

ELAKKAN DIDENDA DENGAN FAIL RESIT YANG TERBAIK DAN MUDAH!

Pasti ramai yang sudah menerima surat cinta dari LHDN kan? Kebanyakkan yang minta adalah kemukakan resit pelepasan cukai taksiran yang sudah bertahun lamanya? Masih ada ke dalam simpanan? Ke dah hilang? Alamak!!! Takutnya nak kena denda!

Begitulah pentingnya system fail untuk elak perkara di atas berlaku, sebabnya, kalau anda TAK FAIL RESIT untuk item yang disenaraikan, anda TIDAK LAYAK MEMOHON PELEPASAN CUKAI! Nak tahu kenapa? Sebab bila LHDN hubungi anda untuk semak kembali e-filing, anda perlu menghantar segala resit. Tapi jika anda sudah tak simpan resit tersebut, pelepasan cukai anda akan terbatal.

Tahu tak anda lama anda perlu menyimpan resit? 7 tahun tempoh penyimpanan resit anda.

JUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH!

Anda cuma perlukan 2 perkara ini;

  1. Gam UHU stickJUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH | hildegroup2. Buku Latihan (boleh gunakan buku latihan sekolah anak yang dah nak dibuang).

JUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH | hildegroupCARANYA ADALAH:

  1. Sediakan 3 buku latihan.
  2. Setiap buku bahagikan kepada 5 bahagian dan tag kan menggunakan penanda warna warni (lihat gambar)
  3. Maksudnya anda akan ada total 3 buku x 5 bahagian setiap buku = 15 bahagian. Anda sebenarnya perlukan paling banyak pun 14 bahagian sahaja
  4. Jika ada pelepasan yang memang tidak berkait dengan anda contohnya anak-anak (kerana anda belum mempunyai anak) atau tidak ada yang berstatus kurang upaya, anda boleh mengurangkan lagi bahagian ini.

Maksudnya anda mungkin memerlukan 1 buku sahaja = 5 bahagian

  1. ADA BEBERAPA PELEPASAN YANG TIDAK MEMERLUKAN RESIT:

#1- pelepasan diri sendiri RM9000 (semua orang dapat secara automatik)

#4- individu kurang upaya RM6000

#13- Suami/ isteri/ bayaran alimoni bekas isteri

#14- suami/ isteri kurang upaya

#15- anak bawah umur 18 tahun

#16- Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa

#17- Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dans edang belajar

#18- Anak Kurang upaya

(walaupun tidak memerlukan resit, ada yang memerlukan dokumen pengesahan seperti surat OKU atau dokumen pelajar)

  1. baiklah sekarang ni, anda labelkan setiap bahagian buku dengan pelepasan yang anda inginkan. (rujuk contoh gambar)

Contoh

BUKU 1:

Bahagian 1= RAWATAN IBU BAPA

Bahagian 2: GAYA HIDUP

Bahagian 3: PERALATAN PENYUSUAN

Bahagian 4: YURAN TASKA ANAK2

Bahagian 5: INSURAN NYAWA

SELESAI! Letakkan buku ini di tempat yang mudah dicapai. Anda akan menggunakan buku ini untuk fail resit anda  SEPANJANG TAHUN!

Selepas merekod amda haruslah buat 3 tips ini :

TIPS 1:

Setiap kali anda membuat pembelian, terus rekodkan dalam diari dan LEKATKAN RESIT DALAM BUKU LATIHAN YANG SUDAH ANDA LABELKAN TADI! Pastikan guna UHU stick sebab resit mungkin koyak jika anda gunakan gam basah.

TIPS 2:

Lagi satu yang perlu anda ingat, anda perlu photostat muka surat yang telah ditampal resit. Sebabnya, sesetengah resit akan hilang tulisannya bila sudah lama. Selalunya resit yang menggunakan kertas licin akan mudah hilang tulisan.

TIPS 3.

Anda juga disarankan untuk tangkap gambar resit (bukan selfie diri sendiri ye) dan simpan dalam bentuk softcopy di laptop. Failkan resit mengikut tahun dan bahagian. Mudah nak cari balik nanti kan ? Ingat, kena simpan 7 tahun ye!

Mudah bukan untuk failkan resit anda! anda haruslah consisten melakukannya agar ada resit yang tidak tercicir. Dan tidak perlu mengeluarkan sebarang duit untuk melakukan ini. Semua ini secara PERCUMA dan sedia ada di rumah anda.

Untuk dapatkan pelbagai jenis maklumat anda boleh terus follow kami di facebook hilde group! terdapat pelbagai jenis tips perniagaan yang boleh membantu anda dalam perniagaan anda.

Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP

10 TAHUN GUNA EXCEL BARU TAHU BANYAK GILA SHORTCUTS DALAM EXCEL! WAH MENARIK NI WAJIB TAHU!!!

By | Management, Uncategorized | No Comments

10 TAHUN GUNA EXCEL BARU TAHU BANYAK GILA SHORTCUTS DALAM EXCEL! WAH MENARIK NI WAJIB TAHU!!!

Rasa macam nak MENANGIS & KETAWA kat diri sendiri pulak bila admin baru tahu ada banyak gila SHORTCUTS DALAM EXCEL ni. Korang mesti ada yang baru tahu juga kan?
Setelah lama kita guna excel baru tahu kn da SHORTCUTS. Tambah- tambah ramai peniaga kecil menggunakan excel untuk pengiraan dan sebagainya.. Lepas ni lagi CEPAT & MUDAH kan?
JUM LIHAT SHORTCUTS EXCEL DI BAWAH
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Rugilah jika diberikan kemudahan tapi tidak digunakan…
Jangan lupa test kat excel korang, admin dah test menjadi. Tak semua orang tahu yang sebenarnya ada shortcut di excel kan? Ini kerana ramai yang belum terdedah kepada excel. Excel lebih digunakan oleh golongan perniagaan yang mempunyai kira – kira. Dengan kira – kira excel mudah untuk digunakan. Apabila shortcut digunakan juga menjadi lebih mudah dan cepat.
Selamat belajar menggunakan shortcut excel.
 
Hilde Group,
Nampak Simple Tapi Power Beb!
dewan perkahwinan | hilde group

DEWAN PERKAHWINAN NAMPAK MEWAH, TAPI BAJET MURAH GILA!

By | About Hall | No Comments

DEWAN PERKAHWINAN NAMPAK MEWAH, TAPI BAJET MURAH GILA!

Kebiasaannya bila ingin berkahwin pasti banyak duit yang perlu dikeluarkan dan kena betul2 bajet sebab takut tak mencukupi atau terlajak bajet! Perancangan kahwin bukan sahaja dilakukan untuk majlis malah kewangan selepas majlis juga haruslah diambil berat. Sudah menjadi perkara utama pengantin untuk memikirkan tempat untuk melakukan majlis. Bagi memudahkan semua, mencari dewan perkahwinan adalah yang diutamakan.

Nak tahu dewan perkahwinan yang nampak mewah tapi bajet murah gila?

Berita terbaik buat semua bakal pengantin di luar sana!! Masih mencari dewan perkahwinan yang setaraf 5 bintang? tapi harga murah gila?? Pengantin di luar sana tak perlu mencari dewan perkahwinan di tempat lain kerana kini dewan perkahwinan sudah ada dewan setaraf 5 bintang.

JARDIN ROYALE TRANSFORMATIONAL HALL menawarkan dewan perkahwinan/dewan kahwin/wedding venue yang berkonsepkan tertutup dan exclusive. Ia mampu menampung 300 seats serentak.

Fuhh misi mencari dewan perkahwinan telah bermula kerana tidak lama lagi bakal menjelang cuti sekolah. Makin ramai pengantin di luar sana mencari dewan yang betul- betul bersesuaian kn? Jadi tunggu apa lagi? Boleh terus contact cik intan di talian 01156593110 mengenai dewan secara details. Hilde Group ada pelbagai tawaran yang menarik bakal menanti anda semua.

Selain dari menawarkan dewan kahwin di KL dan Shah Alam. Hilde Group juga menawarkan ruang yang sangat luas dan besar untuk mengadakan seminar, training, mesyuarat, training dan lain – lain aktiviti!

Jika anda masih mencari-cari bilik latihan atau bilik seminar, Hilde Group juga menawarkan perkhidmatan untuk fasiliti mengikut kehendak anda.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan. ini kerana JARDIN ROYALE TRANSFORMATIONAL HALL terletak di dalam Star Avenue Lifestyle Mall, kemudahan parking adalah percuma dan luas. Selain dari itu, kemudahan toilet adalah tersedia untuk semua pengunjung.

Terdapat pelbagai package harga yang menarik dan amat berbaloi dalam membuat keputusan untuk semua bakal pengantin.

Cuba bayangkan jika majlis perkahwinan anda dibuat di dalam dewan yang berharga mampu milik dan bertaraf 5 bintang? mengapa perlu membayar dengan harga yang mahal sedangkan terdapat harga yang murah dan boleh anda miliki?

Jadi kenapa masih berfikir panjang? terus direct contact cik intan di talian 01156593110 untuk booking dewan perkahwinan awal sebelum ada yang lain booking tarikh kesukaan anda semua.

Jom Lihat Video Dewan Jardin Royale Transformation Hall di bawah!

 

 

Keselesaan anda adalah kebahagiaan kami di Hildegroup.com

 

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

By | Management, Uncategorized | No Comments

5 TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

Anda sering berasa stress kerana tidak dapat menyiapkan semua tugas anda? Buat kerja jadi serba tidak kena dan resah? Terasa bagaikan “nyawa di hujung tanduk je bila boss cakap nak tengok hasil kerja”? jangan risau!! Hari ini Hilde Group nak kongsikan 5 Tip pengurusan masa yang berkesan. Selepas ini semua masalah di atas takkan berulang lagi.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. MERANCANG JADUAL HARIAN ANDA

Perancangan jadual aktiviti harian anda adalah pengurusan masa berkesan yang penting kerana ini membolehkan anda membahagi masa anda dengan baik dan terancang. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian anda. Berjaya pengurusan masa anda bermakna anda berjaya menguruskan hidup anda. Perancangan jadual anda boleh dilakukan bermula dengan perkara yang penting terlebih dahulu dan diakhiri dengan perkara yang tidak penting.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. TETAPKAN HAD MASA UNTUK SETIAP TUGAS

Jangan sesekali melakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang anda lakukan. Sentiasa kemaskini jadual anda sebelum memulakan tugas yang baru. Ini kerana anda boleh membahagikan tugas anda dengan lebih teratur. Ini akan memastikan tugas yang sedang anda lakukan mencapai kerja yang berkualiti. Ini juga akan membantu anda untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang anda lakukan. Ini akan membuatkan pengurusan masa anda berkesan dan menjadi lebih teratur.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. TAHU DEADLINE ANDA

Merancangkan kerja tidaklah mudah jika dilakukan tanpa adanya “dateline”. Jika kerja yang tidak diberikan kepada anda tiada “dateline” pastikan anda sendiri meletakkan “dateline” supaya lebih mudah anda membuat perancangan. Jika anda melakukan tugas pada saat- saat akhir akan menyebabkan anda menjadi tidak tentu arah dan mengurangkan kualiti hasil kerja anda.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. FOKUS SETIAP KALI MELAKUKAN KERJA

Anda haruslah focus setiap kali melakukan kerja anda supaya tumpuan anda tidak hilang dan dapat menyiapkan kerja anda sebelum tarikh akhir anda. Jika anda dapat menyiapkan kerja anda sebelum tarikh ditetapkan anda dapatlah berehat seketika dan kembali meneruskan kerja lain. Jika semua yang anda lakukan “last minute”, ini yang menyebabkan anda kurang waktu berehat dan akan berasa tertekan. Tiada masalah jika anda ingin berehat sebentar dengan berbual dan sebagainya. Anda boleh tetapkan masa dan kembali sambung kerja anda. Jangan terlalu focus sampai anda jadi tertekan.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. ISTIRAHAT YANG MENCUKUPI

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah sesuatu yang baik, masalah akan menyebabkan anda bertambah tekanan. Yang menjadikan membuang masa adalah kerana terlebih – terlebih rehat. Ini yang menyebabkan anda tangguh pelbagai jenis kerja anda. Itulah pentingnya merancang jadual harian anda agar tidak terbabas dari landasan. Tenaga akan makin menurun dan anda akan berasa tertekan jika bekerja dengan lama. Maka kerja yang terhasil tidak begitu memuaskan. Maka berusahalah agar anda dapat melakukan kerja anda yang seterusnya.

Pengurusan masa amatlah penting agar ia berkesan, jika kebanyakan masa anda dibuang begitu sahaja amatlah rugi kerana amat bermakna setiap masa anda. Bak kata pepatah “Masa itu adalah emas”. Jika kita sia-siakan masa yang ada kita tidak dapat untuk undurkan masa kembali.

Dapatkan pelbagai tip perniagaan dan pengurusan di www.hildegroup.com .

pelepasan cukai

PELEPASAN CUKAI YANG ANDA WAJIB TAHU

By | Management | No Comments

PELEPASAN CUKAI YANG ANDA PERLU TAHU

pelepasan cukai

Haaa inilah part paling best. Untuk dapat tahu berapa  jumlah pelepasan yang kita layak dapat. Sebenarnya pelepasan cukai ini disediakan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan cukai kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Cuba tengok senarai pelepasan di bawah:

  1. INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Anda boleh mendapat pengecualian RM9000 untuk diri sendiri

  1. PERBELANJAAN IBU BAPA:

Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan). Anda layak dapat sehingga RM5000. Jadi jangan kedekut ye nak berbelanja untuk kesihatan ibu bapa InsyaAllah hidup lebih berkat dan cukai anda juga menjadi sedikit!

  1. PERALATAN SOKONGAN ASAS

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya). Boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6000

  1. INDIVIDU KURANG UPAYA

Boleh dapat pelepasan sehingga RM6000

  1. YURAN PENDIDIKAN (Sendiri) :

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

Pelepasan sehingga RM7000

  1. PERBELANJAAN PERUBATAN PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI

Pelepasan sehingga RM6000 untuk perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)

  1. PEMRIKSAAN PERUBATAN PENUH (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)

Haa ni kalau anda ada buat medical checkup, boleh dapat pelepasan sehingga RM500

  1. GAYA HIDUP

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

Ramai orang tak tahu kalau beli handphone, bil internet, laptop semua ni boleh kurangkan cukai anda!!! Rugi kan kalau beli handphone tapi tak inform kepada LHDN. Tambah lagi kalau beli iphone kan. Pelepasan RM2500 tau

  1. PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

Ibu yang beli breastpump ke atau peralatan penyusuan lain, pastikan simpan resit k. Boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM1000!

  1. YURAN PUSAT ASUHAN ANAK/ PRASEKOLAH

Siapa pernah terfikir yuran pusat asuhan anak pun boleh selamatkan anda dari cukai!!! Pelepasan sehingga RM1000 tau

  1. Tabungan bersih dalam skim SSPN

Cuba kira Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017. Untuk jumlah itu, anda boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6,000

  1. FAEDAH PEMBELIAN RUMAH (RM10,000)
  2. SUAMI/ ISTERI/ BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI (RM4000)
  3. SUAMI/ ISTERI KURANG UPAYA (RM3500)
  4. ANAK BAWAH 18 TAHUN (RM2000)
  5. ANAK ATAS 18 TAHUN, BELUM BERKAHWIN, BELAJAR SEPENUH MASA (RM2000)
  6. ANAK BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS,

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

  1. ANAK KURANG UPAYA (RM6000)
  2. INSURAN NYAWA & KWSP (RM6000)
  3. INSURANS PENDIDIKAN & PERUBATAN (RM3000)
  4. PERKESO (RM250)
  5. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

Adakah anda tahu menguruskan cukai pendapatan individu anda? terdapat 4 element untuk pengiraan. Semua maklumat terdapat di Hilde Group.

pelepasan cukai

 

MENGURUSKAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

By | Management | No Comments

Sekarang dah pengakhir bulan Januari. Hilde Group rasa mesti ramai yang mula stress untuk buat pembayaran cukai pendapatan 2017. Biasanya tarikh akhir untuk submit borang cukai adalah pada 30 April setiap tahun.

cukai pendapatan | hilde group.comRamai orang yang gembira je sebab tak pernah dibebankan dengan urusan Cukai Pendapatan Individual. Sebenarnya kan. Ramai yang tak bayar cukai sebab TAK TAHU MEREKA WAJIB BAYAR CUKAI! Haaa anda memang tak selamat sebenarnya sebab anda BERHUTANG DENGAN KERAJAAN!

Memang takut tau kalau tak bayar cukai pendapatan individual ni. Antara impak besar adalah kita tak boleh melancong ke luar negara! Memang tak lepas nak lalu kat imigresen.

Masih pening dan samar- samar? Jom teruskan baca untuk tahu cara mudah menguruskan cukai pendapatan individual individu anda.

cukai pendapatan | hilde group.com

BELAJAR CARA MUDAH MENGURUSKAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU.

Mudah sangat untuk kira berapa cukai pendapatan individu yang perlu anda bayar setiap tahun

Ada 4 ELEMEN PENTING yang anda perlu tahu:

  1. JUMLAH PENDAPATAN (A)

Jumlah pendapatan anda sepanjang tahun dari 1 jan sehingga 31 Disember. Bukan setakat gaji sahaja tau tapi termasuklah bonus dan komisyen. Kalau ada bonus raya, bonus hujung tahun, semua tu kena kira sekali tau.

  1. JUMLAH PELEPASAN (B)

Pelepasan ni maksudnya rebat cukai. Sebenarnya ini part yang ramai orang tak tahu!

Bukan semua pendapatan kita perlu di cukaikan. Ada pendapatan kita yang tak perlu di cukaikan. Maksudnya kita diberi pelepasan! Benda ni sangat penting sebab Maryam pernah tak perlu bayar cukai sebaliknya mendapat pulangan wang dari LHDN disebabkan jumlah pelepasan tinggi! Nak tahu macam mana nak dapatkan pelepasan ni? Ok baca di bawah nanti k

  1. JUMLAH PENDAPATAN BERCUKAI (C)

Maksudnya A- B = C

Contohnya pendapatan tahunan RM50,000 (A). Jumlah pelepasan RM20,000 (B). Maka kita hanya akan dicukai sebanyak RM 30,000 (C)

50,000-20,000 = 30,000

  1. PENGIRAAN CUKAI

Pengiraan cukai (berapa % dari pendapatan yang perlu dibayar adalah mengikut jadual kadar yang disediakan oleh LHDN. Contohnya jika PENDAPATAN BERCUKAI (C) = RM 20,000, anda perlu membayar 1% sahaja. Jumlah cukai anda untuk setahun adalah 1% x RM20,000 = RM200 SAHAJA!

Jadual ini ada di dalam gambar dibawah.

cukai pendapatan | hilde group.com

Semoga info ini dapat membantu anda semua mengenai cukai pendapatan individu anda. Selamat menjalankan tanggungjawab anda.