was successfully added to your cart.

3 ALAT PERCUMA MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

3 ALAT PERCUMA MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

Ramai usahawan di luar sana mengeluarkan banyak modal untuk memulakan perniagaan mereka dan ada diantara mereka yang mengeluarkan wang banyak untuk memulakan perniagaan. Konsep mereka 100% salah apabila membuat pinjaman dengan alasan mulakan perniagaan dengan menyewa kedai untuk berniaga. Mengapa perlu mengeluarkan wang yang banyak sedangkan ada pelbagai alat yang boleh digunakan secara percuma.

Di sini Hilde Group kongsikan ke anda alat untuk memulakan perniagaan secara percuma! tak perlu banyak modal untuk memulakan perniagaan online sedangkan masih ada yang percuma untuk digunakan.

  1. MENGGUNAKAN FACEBOOK

mulakan perniagaan online| hilde group

Dengan menggunakan akuan facebook personal anda sahaja sudah menjamin permulaan perniagaan anda dengan percuma. Kebanyakkan kenalan di facebook merupakan rakan dan kebanyakan mengenali diri anda dan di situ boleh menimbulkan kepercayaan daripada customer anda untuk membeli produk anda kerana lebih dikenali siapa penjual mereka. Tetapi harus diingati permulaan untuk anda memulakan perniagaan anda tidak sewajarnya membiarkan di facebook anda penuh dengan iklan produk yang bakal anda menjual. Perbanyakkan isi kandungan yang membawa kepada kebaikan tidak semata – mata anda ingin menjual untuk step anda memulakan perniagaan online.

2. MENGGUNAKAN WHATSAPP

mulakan perniagaan online | Hilde Group

Baru- baru ini telah tular di laman sosial whatsapp sudah mengeluarkan whatsapp khas untuk perniagaan. Ini memudahkan lagi anda untuk berniaga dan lebih dipercayai oleh pelanggan anda. Kebanyakan pengguna menggunakan whatsapp yang percuma ini untuk berinteraksi bersama pelanggan mereka kerana boleh dikatakan 90% daripada rakyat malaysia yang menggunakan aplikasi ini untuk berhubungan semasa sendiri. Ini menjadikan pelbagai cara untuk memulakan perniagaan online dengan menggunakan peralatan dan aplikasi percuma.

3. MENGGUNAKAN BLOG

mulakan perniagaan online | Hilde Group

Peredaran masa semakin pesat membangun dan zaman blog makin dilupakan. Kebanyakkan perniagaan tidak tahu bahawa penggunaan blog merupakan alat percuma untuk mendapatkan pelanggan. Kebanyakan pelanggan akan terus ke google untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk. Ini lebih mudah untuk pelanggan mengetahui kewujudan anda dan terus membeli dengan anda. Tidak perlu menggunakan duit yang banyak untuk memulakan perniagaan online anda.

Hilde Group berharap ini boleh dijadikan panduan untuk anda memulakan perniagaan anda dengan jayanya. Percaya dan yakinlah bahawa untuk memulakan perniagaan tidak memerlukan modal yang banyak. Tetapi daripada kehendak diri sendiri. Jika anda ingin berjaya anda haruslah mengetahui cara untuk menguruskan kewangan anda. Jangan sesekali terbeban dengan hutang.

 

[ BERITA GEMBIRA ] Coworking Space untuk disewa. Anda mempunyai masalah untuk melakukan kerja di rumah?? terdapat pelbagai halangan untukĀ  melakukan kerja sampingan anda. Hilde Group ada menyediakan tempat kerja dengan harga RM30 sehari!!! terus klik ( link ini ) .

Tempat yang selesa dan mempunyai pelbagai jenis kemudahan. Amatlah berpatutan dengan harga yang diberikan.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply