All Posts By

maryam aziz

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS PEMASARAN PERSONAL FACEBOOK UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

By | Marketing, Tips Bisnes, Uncategorized | No Comments

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS FACEBOOK MARKETING UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

maryam aziz mary jardinFrom the desk of Dr Maryam Aziz

Panggg!!! Terkejut bagai ditampar bila membaca pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam. Siapa dah baca?

Sebagai seorang yang mula berniaga dengan Facebook Personal Account (bukan Facebook Page mahupun FbAds) dan sebagai seorang business trainer yang mengajar para usahawan cara untuk membuat pemasaran percuma di Facebook Personal, pengumuman semalam sedikit sebanyak mencuri perhatian dan ketenangan hati Maryam.

Yang belum baca boleh baca di bawah:

tips pemasaran facebookBeriklan di Facebook Personal adalah cara mudah dan percuma untuk beriklan. Tapi cuba bayangkan anda sebagai pengguna Facebook yang tidak berniaga. Anda log masuk Facebook untuk bersosial dan mengetahui perkembangan saudara mara dan rakan, tetapi lambakan iklan buatkan anda rasa menyampah dan bosan menggunakan Facebook. Lama kelamaan anda tidak mahu lagi menggunakan Facebook kerana Facebook bukan lagi tempat bersosial tetapi menjadi online shopping mall!

Situasi ini yang cuba dibendung oleh Facebook melalui pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam (12/1/2018). Saya sendiri pernah satu masa jelek menggunakan Facebook ketika dipenuhi dengan iklan dengan gambar radikal. Contohnya jamu untuk peranakan wanita menggunakan gambar keputihan yang sangat menjelekkan, ubat sembelit menggunakan gambar najis dan jamu perapat menggunakan copywriting yang sangat lucah.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa impak perubahan yang bakal dilakukan oleh Facebook kepada bisnes kecil kecilan. Cuma kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana kita masih boleh gunakan facebook untuk membuat marketing bisnes kecil kecilan

7 Survival Tips Pemasaran Facebook di akaun personal untuk peniaga online

  1. Kuatkan Personal Branding

Orang akan membeli dari peniaga yang dia sukai. Contohnya apabila kita suka dengan Neelofa, kita akan membeli barangan yang dijual oleh Neelofa. Jadi kita perlu jadikan diri kita peniaga yang disukai. Bukan hanya kerana produk yang kita jual. Be likeable as a person. Not as a product. Pelajari ilmu personal branding untuk tahu lebih mendalam bagaiaman membuat Personal Branding di Facebook dan mengumpul followers. Izinkan warga Facebook mengenali anda sebagai seorang indicidu dan bukan hanya sebagai peniaga yang siang malam menceritakan tentang produk.

personal branding

2. Soft Selling vs Hard Selling

Jangan jadikan Facebook kita sebagai katalog jualan. Orang akan muak dengan posting kita. Berkemungkinan mereka akan unfollow, unfriend atau terus BLOCK. Jadi apa yang perlu dibuat? Banyakkan soft selling. Banyakkan post untuk bersosial. Contohnya anda menjual balm bayi. Letakkan gambar comel wajah anak anda yang sedang tidur nyenyak. Ceritakan tentang hari anda yang mencabar. Dan di akhir cerita, boleh selitkan ayat seperti

“Baby dah nyenyak tidur selepas disapukan balm xxx. Alhamdulillah sejak pakai balm xxx, mudah sangat tidur dan nyenyak pula tu! Mommy pun nak dapatkan beauty sleep. Goodnight everyone”

Lebih berbunyi seperti ingin bersosial berbanding menjual kan?

 

3. Banyakkan Content marketingĀ 

Kongsikan maklumat yang memberi manfaat kepada orang ramai. Jika anda ingin menjual Mary Jardin, kongsikan maklumat seperti “10 bahan yang patut anda elakkan dalam pencuci muka anda”. Maklumat begini bermanfaat kepada orang ramai dan akan meningkatkan organic reach & engagement. Ramai yang akan LIKE, SHARE dan COMMENT. Ia juga akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang peniaga. Tak perlulah sentiasa tayang produk sahaja kan?

content marketing

 

4. Gunakan gambar menarik dan best!

Letak gambar menarik minat dan menggembirakan. Jangan letak gambar menjijikkan seperti najis, jerawat bernanah seperti gunung berapi yang aktif atau gambar kaki busuk kencing manis. Pilihlah wajah manis, orang dalam keadaan gembira. Yang terbaik adalah letakkan gambar anda sendiri sambil wujud produk placement dalam gambar tersebut. Contohnya gambar anda yang sedang bekerja di office, dan di tepi keyboard komputer ada lotion Mary Jardin šŸ™‚ Post berbunyi begini “Letih jari tekan keyboard dari pagi. Time audit hujung tahun selalu macam ni. Lega ada lotion Mary Jardin, boleh juga urut jari jemari ni. Bau pun wangi dan extra effect kulit rasa soft sangat!”

Jangan letakkan gambar testimoni sebelum selepas. Robot FB pasti dapat menangkap yang anda sedang menjual!

 

5. Perbanyakkan Live Video

Live video masih relevant. Dan live video boleh meningkatkan engagement dengan cepat. Pelajari teknik untuk membuat live video yang berkesan!

 

6. Selitkan kehidupan peribadi

Orang lebih sukakan posting anda jika anda selitkan serba sedikit kehidupan peribadi dan kisah harian anda. Mereka terasa lebih dekat dengan anda. Tapi jangan terlalu banyak ye, nanti bosan pula

 

tips pemasaran facebook

 

7. Penuhkan kuota Facebook friend anda dengan prospek.

Untuk berbuat demikian, anda perlu tahu profile pelanggan anda (customer avatar) dan lubuk mana mereka berada. Jika anda arif tentang dua perkara ini, pasti anda boleh add mereka sebagai friend dengan mudah.

7 Tips yang mudah ni, anda betul-betul amalkan insyaAllah anda akan lihat impak & hasilnya nya pada bisnes anda tanpa perlu mengeluarkan KOS marketing untuk produk anda. Zero Cost Marketing. Best kan? šŸ™‚

Nak belajar lebih banyak tentang tips pemasaran bisnes? Follow je Facebook Dr Maryam Aziz dan isikan maklumat anda dibawah untuk dapatkan FREE tips dalam artikel-artikel terkini kami yang lain nanti šŸ™‚

TIPS MARKETING ONLINE POWER PENGASAS MARY JARDIN. RUPANYA SENANG SANGAT BILA IKUTI 10 LANGKAH NI!

By | Tips Bisnes | No Comments

Ā Nak tahu tips marketing online power pengasas Mary Jardin?

tips marketing online

Kali ini kami ingin kongsikan tips marketing online power dari Dr Maryam Aziz. Berikut kami kongsikan nukilan dari Dr Maryam Aziz, Pengasas HILDE GROUP SDN BHD yang menghimpunkan 5 buah syarikat termasuklah MARY JARDIN. Nama Dr Maryam Aziz dan Mary Jardin memang tidak asing lagi di dalam dunia perniagaan dan beliau bersifat terbuka berkongsi rahsia marketing power yang beliau amalkan sendiri.

==========================================================================

Maryam rasa marketing susah sehinggalah Maryam faham satu ayat ni…..

Maryam dah janji untuk bagi tips marketing online power dan mudah, jadi hari ini Maryam nak kotakan janji itu šŸ™‚ Berlagak betul bunyinya kan- marketing senang kononnya hehe. Sebenarnya Marketing memang senang. Cuma keberkesanan marketing tu yang susah sikit. Tapi bagi sesiapa yang dah biasa buat marketing, tak susah mana pun. Jika buat kadang-kadang, on off, tidak konsisten, sekejap-sekejap letakĀ #IAmBackĀ (ni kes selalu down dalam berbisnes, kemudian berhenti buat marketing, tiba-tiba selepas itu dpt semangat semula, buat comeback) Siapa macam ni?” Memang kelautan marketing anda.

Dulu Maryam rasa marketing ni susah sangat sehinggalah seorang guru berjaya gerudi satu ayat ke dalam otak Maryam. Ayat tu macam ni “Marketing is to make people see us”. Itu je marketing. Mudah kan? (teruskan baca kalau nak tau tips ok)

Laaaaa simple gila rupanya.

Contoh macam ni. Kita pandai buat kek sedap dan nak jual kek. Tapi kita malu nak menjual. Sebab apa? Sebab kita takut orang tak beli, sebab kita tak pandai buat ayat pancing suruh orang beli, sebab kita tak yakin kita mampu menjual dan sebagainya. Disebabkan semua itu, kita tutup mulut dan ambil jalan untuk tidak berbuat apa-apa! Rugi. Terrrrrsangat rugi. Sebab apa? Sebab kek kita sedap dan mungkin orang akan tergila-gila kan kek kita jika mereka rasa kek tu.

“Marketing is to make people see us”

Maksudnya orang marketing bukan menjual. Kita hanya nak orang tahu yang kita ada produk bagus yang boleh menyelesaikan masalah tertentu. Contohnya Maryam nak orang tahu yang Maryam ada produk Mary Jardin yang boleh menyelesaikan masalah nak jaga kulit muka menggunakan produk selamat, semulajadi dan bebas kimia. Maryam bagitau je. Dan Maryam buat marketing untuk pastikan orang tahu yang Mary Jardin wujud dan boleh menyelesaikan masalah tertentu. Maryam TAK SURUH BELI PUNĀ Ā Itulah marketing. Kita tak pernah suruh orang beli. Kita cuma bagitau kita ada solution yang mereka mungkin perlukan. Marketing is very much a 1-way process. Ikut suka kita nak cakap apa atau nak buat apa.

Macamana nak bagi orang nampak kita? Jawapannya, berkomunikasilah di tempat yang ramai orang.

Cuba bayangkan kita jerit sekuat hati “Saya pandai buat kek. Kek saya sedap!!!!!!” Tapi kita jerit seorang diri dalam bilik kosong. Jadi kita berharap untuk siapa nampak kita dan dengar kita? Dinding dan tingkap dan pintu?

P/s lepastu complain tak dapat jualan . Marketing pun kelautĀ ?

Ataupun kita jerit sekuat hati dalam hutan. Tak ada sesiapa pun yang dengar. Adakah kita mengharapkan harimau, monyet, ular dan gajah untuk berminat dengan kek kita?? Ini namanya salah customer avatar. Buat marketing kepada orang yang memang takkan berminat atau perlukan produk kita.

Atau kita berbisik bisik dalam dewan. Dalam dewan tersebut ada ramai orang yang mungkin berminat dengan kek kita. Tetapi kita tidak cukup lantang sampai orang tak dengar. Jadi nak buat apa? Ambilah mikrofon dan beritahu semua orang yang kita ada kek sedap dan mereka mungkin ingin cuba rasa. Perumpamaan ni sebenarnya kita buat marketing tapi offer kita tak jelas, mungkin poster tak menarik, orang tak tau kita boleh selesaikan masalah apa, dan kita tak cari lubuk yang menghimpunkan orang berpotensi menjadi pelanggan.

So ni Maryam bagi 10 TIPS MARKETING ONLINE POWER untuk anda amalkan bagi meletupkan bisnes anda.

  1. Kenal customer avatar (Kenal pasti ciri-ciri orang yang mungkin suka dengan produk anda)

  2. Kenal solusi yang anda boleh tawarkan (Masalah apa yang anda boleh selesaikan?)

  3. Kenal pasti lubuk pelanggan (Pelanggan anda duduk di mana? Mereka suka tengok tv? Kalau ya, channel apa? Mereka suka baca surat khabar? Kalau ya, surat khabar apa)

  4. Berikan offer yang jelas dan menarik (video, gambar, copywriting mesti jelas)

  5. Bersuara lantang (pilih medium untuk bersuara lantang. Gantung 1000 banner? Letak billboard? Gunakan fb ads? Pilih apa saja cara untuk bersuara lantang) Kalau boleh sampai nama kita melekat dalam otak prospek

  6. Letakkan call-to-action yang jelas. Beritahu pelanggan apa yang patut mereka lakukan sekarang. Pelanggan anda mungkin terpana melihat produk anda yang sangat best, dan mereka mungkin perlukan sedikit ‘nudge in the shoulder’ untuk berbuat sesuatu seperti “telefon kami sekarang untuk menjadi 100 orang bertuah dapatkan sampel kek percuma”

  7. 7. Bagi sampel untuk prospek cuba. Prospek biasanya sangat berprasangka dan tidak percaya dengan produk baru. Berikan mereka sampel untuk meningkatkan keyakinan merekaĀ ?

  8. 8. Ceritakan tentang orang lain yang pernah mencuba produk anda dan berpuas hati. Prospek akan mudah percaya bila mendengar pengalaman orang lain. Pastikan anda jujur dan jangan overclaim yeĀ ?

  9. 9. Ulang2 proses ini secara konsisten. Marketing bukanlah benda yang dibuat sekali dua terus harapkan hasil. Prospek akan membeli setelah terdengar tentang anda beberapa kali. Mereka yang tenggelam timbul dalam marketing, jangan harapkan result yang gempak ye sebab usaha anda sia sia sebenarnya

  10. 10. Belajar belajar dan belajar. Belajar bagaana syarikat lain buat marketing berkesan dan bolehlah tiruvasiĀ 

==========================================================================

Inginkan lebih banyak tips bisnes dari Dr Maryam Aziz. Bolehlah follow Facebook beliau disini

Anda seorang usahawan? Pastikan anda dapatkan pelbagai tips disini ye

Anda berminat untuk memulakan bisnes sendiri dari rumah? Mungkin anda patut pertimbangkan beberapa kursus yang kami sediakan untuk wanita mulakan dari rumah

shazreeyana shukri makeup class

facial spa course