was successfully added to your cart.

5 CARA KAWAL EMOSI MARAH DI TEMPAT KERJA

5 CARA KAWAL EMOSI MARAH DI TEMPAT KERJA

Rasa marah dan emosi tak stabil adalah satu daripada ekspresi perasaan yang normal daripada manusia. Ada yang berpendapat jika rasa marah tidak diluahkan, ia dapat menyebabkan emosi terpendam akan menyebabkan lebih besar dan teruk, seterusnya menjejaskan kesihatan diri, emosi dan juga tekanan perasaan.

Perasaan marah yang tidak dapat dikawal sebenarnya menyebabkan perasaan marah yang tidak bertempat dan tabiat suka melayan perasaan tersebut. Ini akan menyebabkan diri sendiri berasa tidak tenang, tenteram dan sebagainya. Perasaan marah yang tidak terkawal menyebabkan masalah besar sama ada di tempat kerja mahupun di rumah.

Jom lihat 5  cara paling berkesan untuk kawal emosi marah di tempat kerja

  1. TARIK NAFAS DALAM – DALAM

Ini adalah cara yang paling berkesan dan bermanfaat untuk kawal emosi marah iaitu salah satu saraf yang berada di otak dapat menyampaikan isyarat ke tubuh anda untuk membuatkan otot lebih relaks. Jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan menyebabkan emosi anda tidak stabil, maka segera tarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas dalam secara perlahan-lahan sehingga kiraan 4 menggunakan hidung, tahan nafas dalam kiraan 2 dan hembuskan nafas perlahan-lahan dalam kiraan 4 menggunakan mulut. Anda akan terasa lebih relex dan terkawal.

  1. KATA – KATA POSITIF

Bercakap mengenai perkara positif kepada diri sendiri apabila emosi terganggu dan perasaan marah sedang menguasai diri. Jika anda mampu melakukannya anda adalah hebat kerana dapat mengawal perasaan sendiri. Ini kerana kata-kata dan perbuatan yang terjadi ketika marah menunjukkan sisi buruk diri anda sendiri. Kata-kata positif pada diri sendiri boleh mengawal tekanan darah yang sedang berlaku saat diri marah seterusnya mengelakkan tekanan emosi dan menjadikan anda lebih tenang dan terkawal. Kawal emosi marah anda di tempat kerja agar tidak mengganggu prestasi kerja anda di tempat kerja. anda haruslah berlajar untuk membahagikan antara personal dan tempat kerja.

  1. LAKUKAN AKTIVITI OUTDOOR

Pada hujung minggu anda disarankan untuk melakukan aktiviti luar yang mampu membuat anda tenang seperti berjoging di waktu pagi atau menghirup udara segar di waktu petang. Jangan terlalu berkurung dan melayani perasaan marah malahan anda kawal emosi marah anda agar tidak menjadikan anda tekanan . Lakukan aktiviti dengan gembira untuk mengubah mood anda pada waktu itu. Elakkan berfikir terlalu banyak yang menyebabkan anda berlaku kemurungan.

  1. MENDENGAR MUZIK

Ini adalah satu cara yang paling berkesan, tidak mengira golongan menggunakan cara ini untuk meredakan kemarahan yang mereka alami. Dengan mendengar muzik dapat memberi ketenangan dan menjadikan emosi lebih stabil dan teratur. Tahukah anda kalau kita dengar muzik yang slow ketika dalam keadaan marah dapat menstabilkan denyut jantung dan nadi pada paras normal.

  1. MAKANAN MEMBUATKAN ANDA GEMBIRA

Jarang didengari bahawa makanan dapat meredakan kemarahan. Tapi sebenarnya adalah lebih 70% mengakui bahawa makanan dapat meredakan kemarahan yang paling mujarab. Makanan dapat memberi kegembiraan dan juga ketenangan. Ramai yang menjadikan makanan manis untuk meredakan kemarahan dan memberi mereka ketenangan sebagai contoh, Ais Cream.

Hilde Group berharap dapat membantu anda untuk mengatasi kemarahan anda. Kadang kala kemarahan boleh membawa kepada kesudahan yang membinasakan.

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply