was successfully added to your cart.

Cara Mudah Buat Copywriting Power

TEKNIK & CARA MUDAH MEMBUAT COPYWRITING POWER

copy writing power | Hilde Group

Bukan mudah untuk membuat copywriting power yang gempak dan dapat menarik minat semua untuk terus membaca iklan yang bakal kita jalankan di facebook atau di mana- mana sahaja. Copywriting power yang menarik akan meningkatkan lagi jualan sale jika CTA mengenai pada tempat yang tepat. Mari kita pelajari teknik yang mudah ini untuk membuat copywriting power ini.

STRUKTUR HEADLINE

Headline ataupun dipanggil “MAIN ATTRACTION” untuk sesuatu iklan, ini merupakan perkara yang paling PENTING SEKALI kerana ia merupakan perkara PERTAMA yang pelanggan akan lihat terlebih dahulu. Di sinilah pelanggan akan menilai copy writing anda sama ada untuk terus membaca atau melebel copywriting anda membosankan atau sebaliknya.

STRUKTUR SUB-HEADLINE

Sub-headline ataupun dipanggil juga “mini-headline” adalah tajuk kecil, yang merupakan perkara kedua penting dalam iklan. Hal ini kerana, ianya merupakan elemen tambahan untuk mengukuhkan headline. Jika kita meletakkan diri kita sebagai pelanggan, kita ingin melihat apakah ringkasan ISI KANDUNGAN iklan tersebut dari skop yang yang lebih ringkas dan menarik minat mereka untuk terus membaca.

copy writing power | Hilde Group

 STRUKTUR INTRO

Intro adalah sesuatu iklan yang ringkas dan padat serta dapat memukau pelanggan. Intro adalah yang membuatkan pelanggan anda berkobar-kobar untuk terus membaca copy writing anda.

STRUKTUR TAWARAN SUKAR DITOLAK

Sebelum melangkah ke step terakhir adalah menyediakan tawaran di penghujung iklan anda. Ini KERANA untuk menarik minat para pelanggan supaya mengambil langkah seterusnya bagi mendapatkan produk mahupun service anda. Anda haruslah mencari tawaran yang menjadikan pelanggan anda akan mengalami kerugian yang besar jika menolak tawaran yang anda telah nyatakan.

copy writing power | Hilde Group

STRUKTUR ARAHAN UNTUK BERTINDAK (CTA)

Terakhir sekali adalah CALL TO ACTION iaitu meminta pelanggan anda untuk bertindak. Benda paling wajib dalam COPYWRITING anda adalah call to action. Jika anda tidak meletakkan call to action iklan anda akan dianggap sia-sia. Kenal pasti CTA anda dengan tepat untuk membuahkan hasil yang bermakna untuk anda. Anda boleh melihat engagement untuk memastikan sama ada COPY WRITING anda berkesan atau sebaliknya.

Dapatkan pelbagai lagi maklumat di www.hildegroup.com 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply