was successfully added to your cart.

CARA MUDAH MENDAPATKAN PEKERJAAN

CARA MUDAH MENDAPATKAN PEKERJAAN

cara mudah mendapatkan pekerjaan| hilde group

Kebanyakan graduan pada masa kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana perlu bersaing dengan ramai lagi graduan di luar sana. Setiap Tahun banyak university di luar sana melahirkan ramai graduan baru menghabiskan pelajaran mereka.

Dengan keadaan sekarang ramai yang menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Hilde Group berbesar hati untuk membawakan cara mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Harap ini dapat membantu anda semua.

Ramai graduan sudah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan pekerjaan dan telah menghantar resume di pelbagai syarikat untuk dipanggil interview tetapi gagal untuk mendapat panggilan interview di syarikat berkenaan.

  1. SEMAK SEMULA CV ANDA

Anda masih ingat? Kali terakhir anda melihat CV anda? Dan berapa banyak syarikat yang anda telah menghantar resume tetapi gagal untuk mendapatkan panggilan interview di syarikat berkenaan??

Jangan mudah berputus asa, Anda renungkan kembali CV anda, adakah ringkas dan lengkap? Sambil anda membaca CV anda anggap diri anda adalah seorang pengurus kepada sebuah syarikat, apakah yang anda ingin mengetahui mengenai pekerja baru anda? Pastikan anda masukan perkara yang paling penting di atas dan kurang penting di bawah. Pastikan semua jelas dan mudah difahami. Jika belum lengkap dan anda berasa tidak berpuas hati teruskan melakukan perubahan di CV anda.

  1. BELAJAR BERCAKAP DENGAN YAKIN

Keyakinan pada diri amatlah penting untuk anda memperlihatkan diri anda daripada orang lain. Kelainan yang ada pada diri anda merupakan salah satu advantage untuk anda mendapatkan pekerjaan yang anda impikan. Jadikan diri anda lain dan unik untuk menjadikan diri anda lebih menarik  untuk menarik minat para penemu duga mengenal anda dan akhir sekali berjaya mendapatkan pekerjaan berkenaan.

  1. BERSIFAT TERBUKA

Jika anda adalah seorang fresh graduate yang baru melangkah ke dalam pekerjaan anda haruslah bersikap terbuka dalam mencari pengalaman terlebih dahulu. Jarang sekali yang mendapatkan pekerjaan yang selesa di waktu awal pekerjaan. Tambahan pada masa kini banyak graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan kerana sering kali memilih pekerjaan mereka. Mulakan daripada bawah dan akhirnya kecapi pekerjaan yang anda idamkan. Cara banyak pengalaman kerana zaman sekarang lebih mementingkan pengalaman. Semakin banyak pengalaman yang kita miliki semakin tinggi value yang ada pada diri.

Jika anda memiliki 3 perkara di atas insyaAllah anda bakal memperoleh pekerjaan  yang impikan.  Tiada yang mustahil dalam dunia ini untuk anda kecapi. Melainkan anda berusaha sebaik mungkin.

Hilde Group menawarkan dewan untuk disewa dengan kadar harga yang mampu milik. Boleh terus ( klik di sini )

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply