was successfully added to your cart.

CARA PEKERJA BERTAHAN LAMA DI SYARIKAT ANDA

3 CARA PEKERJA BERTAHAN LAMA DI SYARIKAT ANDA

Sebagai majikan, amat membimbangkan apabila setelah berusaha merekrut pekerja yang terbaik, dan berjaya mendapatkannya, sudah tentu kita ingin mengekalkan nya. Majikan tentunya perlu memberi alasan yang baik agar pekerja-pekerja mempunyai komitmen jangka panjang dengan perniagaan mereka. Hilde group menawarkan agar majikan bertindak proaktif dalam membangunkan budaya kerja yang harmoni dan mewujudkan hubungan kuat dengan pekerja.

  1. TANGGUNGJAWAB

Sebagai majikan anda haruslah menunjukkan kepada pekerja yang anda mempercayai mereka dengan memberi tanggungjawab yang memberikan mereka peluang untuk berkembang. Galakkan mereka untuk memperoleh kemahiran baru. Berikan mereka peluang untuk mengikuti kursus/latihan. Berikan kenaikan gaji atau pangkat yang baik pada waktu yang sesuai untuk memberi mereka lebih semangat untuk melakukan pekerjaan dengan lebih baik. Ini akan membolehkan pekerja bertahan lama di dalam syarikat anda.

  1. PENGHARGAAN

Majikan haruslah memberi penghargaan kepada pekerja dengan memberi hadiah atau wang bonus kepada pekerja atas prestasi kerja yang baik dalam syarikat. Sebagai contoh, majikan memberikan hadiah hari lahir kepada setiap staff. Walaupun ia kecil tapi amat bermakna buat pekerja anda. Ini semua boleh menyumbang kepada budaya positif syarikat dan dapat membentuk moral yang baik dan pekerja bertahan lama.

  1. ISTIREHAT

Majikan sewajarnya memberikan istirahat sekali setahun dengan membawa pekerja berjalan – jalan atau menjayakan family day untuk mereka. Ini bukan sahaja memberi kegembiraan malah menuntut prestasi kerja berkualiti tinggi tanpa menghadapi tekanan. Tiada tekanan membolehkan pekerja bertahan lama di syarikat anda.

Penting diingatkan bahawa komitmen jangka panjang memerlukan usaha kedua belah pihak. Memang wajar sekiranya syarikat mencurigai “kutu loncat”, tetapi ingatlah bahwa jika anda mengharapkan kesetiaan pekerja terhadap syarikat anda, maka anda juga harus memberi mereka alasan yang baik untuk terus setia dan pekerja bertahan lama di syarikat anda. Pentingnya kesetiaan syarikat adalah apabila sesebuah syarikat boleh berkembang bangun dengan pekerja yang lama dengan jangka hayat kerja yang lama ini menimbulkan KEPERCAYAAN di dalam sesebuah syarikat sebagai contoh, karangkraf yang masih bertahan hingga sekarang.

“Kita haruslah menjaga perasaan pekerja kita. Agar mereka setia bersama kita dan terasa sayang untuk tinggalkan syarikat kita” – Datuk Hussamuddin ( CEO Karangkraf ).

 

Dapatkan Free Ebook dari Hilde Group untuk membantu anda close sale. Cuma klik ( di sini ) . Semoga Ebook ini dapat membantu anda semua.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply