was successfully added to your cart.
Category

Marketing

Cara Mudah Buat Copywriting Power

By | Marketing | No Comments

TEKNIK & CARA MUDAH MEMBUAT COPYWRITING POWER

copy writing power | Hilde Group

Bukan mudah untuk membuat copywriting power yang gempak dan dapat menarik minat semua untuk terus membaca iklan yang bakal kita jalankan di facebook atau di mana- mana sahaja. Copywriting power yang menarik akan meningkatkan lagi jualan sale jika CTA mengenai pada tempat yang tepat. Mari kita pelajari teknik yang mudah ini untuk membuat copywriting power ini.

STRUKTUR HEADLINE

Headline ataupun dipanggil “MAIN ATTRACTION” untuk sesuatu iklan, ini merupakan perkara yang paling PENTING SEKALI kerana ia merupakan perkara PERTAMA yang pelanggan akan lihat terlebih dahulu. Di sinilah pelanggan akan menilai copy writing anda sama ada untuk terus membaca atau melebel copywriting anda membosankan atau sebaliknya.

STRUKTUR SUB-HEADLINE

Sub-headline ataupun dipanggil juga “mini-headline” adalah tajuk kecil, yang merupakan perkara kedua penting dalam iklan. Hal ini kerana, ianya merupakan elemen tambahan untuk mengukuhkan headline. Jika kita meletakkan diri kita sebagai pelanggan, kita ingin melihat apakah ringkasan ISI KANDUNGAN iklan tersebut dari skop yang yang lebih ringkas dan menarik minat mereka untuk terus membaca.

copy writing power | Hilde Group

 STRUKTUR INTRO

Intro adalah sesuatu iklan yang ringkas dan padat serta dapat memukau pelanggan. Intro adalah yang membuatkan pelanggan anda berkobar-kobar untuk terus membaca copy writing anda.

STRUKTUR TAWARAN SUKAR DITOLAK

Sebelum melangkah ke step terakhir adalah menyediakan tawaran di penghujung iklan anda. Ini KERANA untuk menarik minat para pelanggan supaya mengambil langkah seterusnya bagi mendapatkan produk mahupun service anda. Anda haruslah mencari tawaran yang menjadikan pelanggan anda akan mengalami kerugian yang besar jika menolak tawaran yang anda telah nyatakan.

copy writing power | Hilde Group

STRUKTUR ARAHAN UNTUK BERTINDAK (CTA)

Terakhir sekali adalah CALL TO ACTION iaitu meminta pelanggan anda untuk bertindak. Benda paling wajib dalam COPYWRITING anda adalah call to action. Jika anda tidak meletakkan call to action iklan anda akan dianggap sia-sia. Kenal pasti CTA anda dengan tepat untuk membuahkan hasil yang bermakna untuk anda. Anda boleh melihat engagement untuk memastikan sama ada COPY WRITING anda berkesan atau sebaliknya.

Dapatkan pelbagai lagi maklumat di www.hildegroup.com 

post iklan di facebook | hilde group

TIME PALING SESUAI POST IKLAN DI FACEBOOK!

By | Marketing | No Comments

TIME PALING SESUAI POST IKLAN DI FACEBOOK!

Ramai yang menghadapi masalah apabila pos iklan ataupun promosi di facebook menghadapi masalah yang tepat untuk memastikan iklan dilihat oleh pelanggan anda. Terdapat 7 waktu kemuncak apabila kebanyakan akan online di facebook masing- masing untuk bersosial di facebook.

Tahukah anda apakah time yang paling sesuai untuk post iklan di facebook anda? Hilde Group kongsikan ke anda 7 waktu kemuncak yang tepat dan berkesan.

post iklan di facebook | hilde group

7 TIME PALING SESUAI IKLAN PROMOSI DI FACEBOOK

post iklan di facebook | hilde group

  1. WAKTU KERJA ( 10.00 AM )

Pada waktu ini, kebanyakan pekerja yang boleh menggunakan facebook di pejabat akan mula menggunakan facebook dan waktu ini amat sesuai untuk anda post iklan di facebook anda supaya dapat dilihat oleh pelanggan anda.

2. LUNCH HOUR ( 12.00 PM )

Pada waktu ini kebanyakan orang bekerja akan mula akses ke facebook untuk berehat sambil makan dan masing – masing membuka facebook untuk check notification di facebook masing- masing. Waktu kemuncak ini anda boleh post iklan di facebook dan senang untuk pelanggan anda melihat setelah mula log in ke dalam facebook mereka.

post iklan di facebook | hilde group

3. WAKTU BERTENANG ( 1.00 PM)

Ini adalah waktu bertenang seketika sebelum semua orang bekerja mula berehat untuk makan di disamping akses facebook untuk melihat perkembangan semasa.

post iklan di facebook | hilde group

4. SEBELUM BALIK KERJA ( 5.00 PM )

Ini adalah waktu kemuncak untuk anda post iklan di facebook promosi barangan anda. Ini kerana sebelum punchcard, ramai yang bakal log in ke facebook masing – masing buat seketika dan akan bergerak untuk menghadapi jem di dalam perjalanan pulang ke rumah masing- masing.

post iklan di facebook | hilde group

5. SEBELUM MAGHRIB ( 8.00 PM )

Untuk iklan anda lebih banyak engagement pastikan anda post pada waktu ini kerana semua sudah mula membuka facebook masing-masing. Mengikut kajian yang hilde group lakukan di kebanyakkan page. waktu ini merangkap kebanyakan akan menggunakan facebook masing- masing.

post iklan di facebook | hilde group

6. SELEPAS ISYAK ( 9.00 PM)

Waktu ini adalah waktu relex dan santai. Semua akan menggunakan facebook dengan tenang tanpa da sebarang gangguan. inilah waktu yang paling sesuai untuk anda close sale pelanggan anda. tenang untuk buat bayaran ke account anda jika anda berjaya close sale dengan mudah.. Anda boleh download ebook “Step Mudah Close Sale” secara PERCUMA untuk membantu anda mendapatkan sale.

post iklan di facebook | hilde group

7.WAKTU KEMUNCAK

Waktu ini sama dengan waktu di pukul 9.00 amat mudah untuk anda close sale.

Semoga ilmu ini dapat membantu ada dalam perniagaan anda. Nantikan pelbagai lagi tip ilmu yang membantu anda daripada Hilde Group.

——————————————————————————————————————————–

TIADA PEJABAT UNTUK LAKUKAN KERJA SAMBILAN ANDA??
.
JANGAN RISAU!
.
Hilde Group ada menyediakan COWORKING SPACE untuk anda melakukan kerja SAMBILAN anda atau kerja secara BERKUMPULAN
.
HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH RM30 SAHAJA!
.
Cuma klik link di bawah untuk booking!

( Link ini )

post iklan di facebook | hilde group

VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA|HILDE GROUP

VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA

By | Marketing | No Comments

VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA

VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA|HILDE GROUP10 TIPS MEMBUAT VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA

Setiap usahawan yang ingin berjaya haruslah mempunyai vision board agar tidak terbabas dari landasan dan mengetahui hala tuju yang bakal dicapai.

  1. FIKIRKAN IMPIAN YANG BENAR-BENAR INGIN DICAPAI

Apabila anda ingin memulakan vision board yang berkesan untuk menjadi usahawan berjaya, anda haruslah fikirkan impian yang anda ingin benar mencapainya, ini akan membuatkan anda bersemangat untuk melakukan perkara yang anda ingin lakukan bersungguh-sungguh.

2. FOKUS PADA IMPIAN YANG MENYENTUH EMOSI

Fokus pada impian yang menyentuh emosi anda. Sesuatu yang menyentuh emosi akan lebih diingat dan lebih membakar semangat untuk melakukan vision board anda dengan lebih berkesan. Kebanyakan usahawan berjaya di luar sana mempunyai cerita yang menyentuh emosi untuk mereka terus bangun. Begitulah juga dengan anda.

3. BUAT SEKARANG JUGA DAN JANGAN BERTANGGUH

Salah satu sikap yang sangat sukar dielakkan oleh semua usahawan yang berjaya adalah sikap suka bertangguh. kita haruslah buang sikap ini jauh-jauh jika ingin berjaya. Setiap apa yang kita lakukan pastikan buat sekarang juga dan jangan bertangguh. Yakin pada diri anda!

4. LETAKKAN KATA – KATA MOTIVASI DI VISION BOARD ANDA

Untuk mengelak anda berasa “down’ atau hilang semangat. Pastikan anda meletakkan kata-kata motivasi di vision board anda.

5. GANTUNGKAN VISION BOARD DI TEMPAT MUDAH DILIHAT

Untuk memastikan anda tidak terbabas dari landasan yang betul. Pastikan anda gantungkan vision board di tempat yang anda mudah lihat. Ini akan memudahkan lagi bahawa anda ada visi yang perlu dilaksanakan.

6. LIHAT VISION BOARD SELEPAS SOLAT DAN BERDOA BERSUNGGUH – SUNGGUH.

Setiap apa yang anda lakukan haruslah berbalik kepadaNya. Selepas solat berdoalah bersungguh- sungguh kepadaNya untuk meminta supaya vision anda terlaksana dengan jayanya.

 

7. BACA VISION BOARD DENGAN LANTANG DUA KALI SEHARI

Untuk memberikan semangat kepada diri anda, pastikan anda baca vision board dengan lantang dua kali sehari supaya anda kembali bersemangat untuk melakukan vision anda.

8. BUAT VISION BOARD BERSAMA INSAN TERSAYANG BAGI MEWUJUDKAN KESEFAHAMAN

Untuk memberi kekuatan pada diri anda, buatlah vision board bersama insan tersayang anda bagi mewujudkan kefahaman agar anda tidak bergerak keseorangan. Sebagai contoh, pasangan anda mahupun keluarga anda.

9. LAKUKAN TEKNIK AFFIRMATION & VISUALIZATION BAGI MEMASUKKAN VISION BOARD KE DALAM MINDA SEPARA SEDAR

Lakukan teknik affirmation dan visualization bagi memasukkan vision board ke dalam minda separa sedar anda untuk menguatkan lagi vision dalam diri anda.

10. CERITAKAN IMPIAN ANDA KEPADA ORANG RAMAI SUPAYA ANDA TERUS KOMITED BERUSAHA MENCAPAINYA.

Akhir sekali, ceritakan impian anda kepada orang ramai supaya mereka sering mengingat anda kepada vision anda dan terus komited berusaha mencapaikanya. Nak tahu tips marketing online power pengasas Mary Jardin? boleh terus ke blog Hilde Group.

JENAMA SENDIRI HILDE GROUP

KENAPA WAJIB CIPTA JENAMA SENDIRI WALAUPUN BISNES BIASA-BIASA ATAU SEKADAR JADI AGENT SAHAJA?

By | Marketing | No Comments

KENAPA WAJIB CIPTA JENAMA SENDIRI WALAUPUN BISNES BIASA-BIASA ATAU SEKADAR JADI AGENT SAHAJA?

JENAMA SENDIRI HILDE GROUP

Ramai orang nak buat bisnes biasa- biasa. Ramai juga sekadar nak jadi agent. Tak ada masalah untuk buat bisnes biasa- biasa atau sekadar menjadi agent sebab anda tetap boleh menjadi jutawan.Tapi SILAP BESAR bila anda tidak mencipta jenama diri atau bisnes anda sendiri. Cuba lihat kenapa anda WAJIB bina jenama anda sendiri jika anda mempunyai bisnes!

15 SEBAB ANDA WAJIB BINA JENAMA ANDA SENDIRI

JENAMA SENDIRI HILDE GROUP

1. JENAMA MENINGKATKAN KEYAKINAN PEMBELI

Dengan adanya jenama sendiri ini akan meningkatkan lagi keyakinan pembeli untuk membeli barangan anda kerana sudah diperakui oleh orang mengenai produk anda dan anda bakal dikenali dengan jenama anda sendiri. Cuba bayangkan jika anda seorang pembeli dan ingin membeli barangan yang tidak mempunyai jenama? adakah anda sendiri akan membeli? pasti anda akan meragui untuk membeli? betul kan? begitulah yang akan terjadi kepada pelanggan anda.

2. JENAMA MENJADIKAN PEMBELI SETIA

Dengan adanya jenama, pembeli juga akan setia kepada produk anda. Ini kerana pembeli yang pernah membeli dengan anda pasti akan menyebut nama anda untuk mencari dan membeli barangan anda. Cuba bayangkan jika anda tidak mempunyai jenama anda sendiri pasti susah pelanggan anda ingin mencari produk anda? betul kan?

3. JENAMA MEMBINA REPUTASI BISNES

Dengan adanya jenama juga dapat membina reputasi bisnes. Ini bermakna dengan adanya jenama akan menunjukkan perkembangan perniagaan anda semakin berkembang. Cuba anda bayangkan jika perniagaan anda masih di takah yang sama dan tiada perkembangan? adakah pembeli anda masih setia membeli atau sudah beralih arah ke arah perniagaan yang mereka rasa semakin maju dan stabil?

4. JENAMA MENAMBAHKAN KREDIBILITI BISNES

Jenama akan menambahkan kredibiliti perniagaan anda. Ini akan menjadikan perniagaan anda menjadi lebih kukuh dan stabil. Perniagaan anda akan mempunyai kredibiti tersendiri.

5. JENAMA MEMUDAHKAN KITA DI INGAT

Dengan adanya jenama, ia akan memudahkan perniagaan anda diingati. Sebagai contoh, produk anda berkesan untuk merawat masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda. Dengan itu, jenama anda akan di ingat dan senang diingat oleh pelanggan anda.

6. JENAMA MEMPERCEPATKAN PROSES REFERRAL

Jenama akan mempercepatkan proses referral untuk produk anda. Cuba bayangkan jika anda mempunyai jenama anda sendiri dan pembeli akan mempercepatkan proses referral produk anda.

7. JENAMA MENGGALAKKAN WORDS-OF-MOUTH

Dengan adanya jenama akan menggalakkan perkenalan kepada produk anda. Ia akan bertambah lagi produk anda untuk dikenali ramai.

8. JENAMA MENJADIKAN ANDA UNIK DAN BERBEZA DARI PESAING

Dengan adanya jenama akan menjadikan anda unik dan berbeza daripada pesaing anda. Cuba anda bayangkan jika anda mempunyai jenama tersendiri dan jenama anda sedang menaik dengan jayanya. Selain itu, anda sudah mempunyai misi dan visi anda sendiri akan membuatkan anda menjadi lebih stabil dan perbezaan perniagaan anda akan dikenal pasti dan menjadikan anda berbeza dan sangat unik.

9. JENAMA MEMBUKTIKAN KOMITMEN

Dengan adanya jenama juga membuktikan komitmen anda terhadap perniagaan anda. Setelah anda mempunyai jenama anda sendiri, anda akan lebih bersemangat dalam diri anda untuk bangunkan lagi perniagaan anda dan kembangkan lagi perniagaan anda. Cuba anda bayangkan daripada kecil kecilan kini perniagaan anda telah mempunyai jenama tersendiri. Anda akan bekerja keras untuk perniagaan anda. Jenama anda sendiri membuktikan kesungguhan perniagaan anda.

10. JENAMA MELAMBANGKAN KESTABILAN BISNES

Dengan adanya jenama melambangkan kestabilan perniagaan anda. Seperti yang anda sedia maklum, perniagaan yang mempunyai jenama melambangkan perniagaan anda semakin stabil.

11. JENAMA MENJADIKAN PELANGGAN BANGGA DENGAN PRODUK ANDA.

Dengan adanya jenama juga akan menjadikan pelanggan bangga dengan produk anda. Pembeli akan berasa dihargai apabila produk anda mempunyai jenama dan lebih dipercayai. Ia akan menjadikan pembeli mahupun dropship anda berasa dihargai dan akan menjadi bangga apabila produk anda sudah berkembang dan dikenali ramai.

12. JENAMA MEMBERIKAN IDENTITI KEPADA BISNES

Dengan adanya jenama dapat memberikan identiti kepada perniagaan anda

13. JENAMA MEMBUATKAN BISNES KELIHATAN PROFESSIONAL

Dengan adanya jenama akan membuatkan bisnes kelihatan lebih professional. Perniagaan anda akan ke arah professional dan berkembang dengan lebih maju. Perkembangan perniagaan anda menjadikan anda bakal melangkah ke arah seterusnya.

14. JENAMA AKAN BERKEMBANG LEBIH BESAR DAN HEBAT DARI DIRI ANDA

Dengan adanya jenama akan berkembang lebih besar dan hebat dari diri anda apabila perniagaan anda sudah berkembang maju dengan jayanya.

15. JENAMA MEMBUATKAN ANDA BANGGA DENGAN BISNES ANDA

Dengan adanya jenama anda sendiri yang sedang berkembang naik akan membuatkan anda bangga dengan perniagaan anda.

Dapatkan pelbagai lagi tip perniagaan di www.hildegroup.com

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS PEMASARAN PERSONAL FACEBOOK UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

By | Marketing, Tips Bisnes, Uncategorized | No Comments

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS FACEBOOK MARKETING UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

maryam aziz mary jardinFrom the desk of Dr Maryam Aziz

Panggg!!! Terkejut bagai ditampar bila membaca pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam. Siapa dah baca?

Sebagai seorang yang mula berniaga dengan Facebook Personal Account (bukan Facebook Page mahupun FbAds) dan sebagai seorang business trainer yang mengajar para usahawan cara untuk membuat pemasaran percuma di Facebook Personal, pengumuman semalam sedikit sebanyak mencuri perhatian dan ketenangan hati Maryam.

Yang belum baca boleh baca di bawah:

tips pemasaran facebookBeriklan di Facebook Personal adalah cara mudah dan percuma untuk beriklan. Tapi cuba bayangkan anda sebagai pengguna Facebook yang tidak berniaga. Anda log masuk Facebook untuk bersosial dan mengetahui perkembangan saudara mara dan rakan, tetapi lambakan iklan buatkan anda rasa menyampah dan bosan menggunakan Facebook. Lama kelamaan anda tidak mahu lagi menggunakan Facebook kerana Facebook bukan lagi tempat bersosial tetapi menjadi online shopping mall!

Situasi ini yang cuba dibendung oleh Facebook melalui pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam (12/1/2018). Saya sendiri pernah satu masa jelek menggunakan Facebook ketika dipenuhi dengan iklan dengan gambar radikal. Contohnya jamu untuk peranakan wanita menggunakan gambar keputihan yang sangat menjelekkan, ubat sembelit menggunakan gambar najis dan jamu perapat menggunakan copywriting yang sangat lucah.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa impak perubahan yang bakal dilakukan oleh Facebook kepada bisnes kecil kecilan. Cuma kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana kita masih boleh gunakan facebook untuk membuat marketing bisnes kecil kecilan

7 Survival Tips Pemasaran Facebook di akaun personal untuk peniaga online

  1. Kuatkan Personal Branding

Orang akan membeli dari peniaga yang dia sukai. Contohnya apabila kita suka dengan Neelofa, kita akan membeli barangan yang dijual oleh Neelofa. Jadi kita perlu jadikan diri kita peniaga yang disukai. Bukan hanya kerana produk yang kita jual. Be likeable as a person. Not as a product. Pelajari ilmu personal branding untuk tahu lebih mendalam bagaiaman membuat Personal Branding di Facebook dan mengumpul followers. Izinkan warga Facebook mengenali anda sebagai seorang indicidu dan bukan hanya sebagai peniaga yang siang malam menceritakan tentang produk.

personal branding

2. Soft Selling vs Hard Selling

Jangan jadikan Facebook kita sebagai katalog jualan. Orang akan muak dengan posting kita. Berkemungkinan mereka akan unfollow, unfriend atau terus BLOCK. Jadi apa yang perlu dibuat? Banyakkan soft selling. Banyakkan post untuk bersosial. Contohnya anda menjual balm bayi. Letakkan gambar comel wajah anak anda yang sedang tidur nyenyak. Ceritakan tentang hari anda yang mencabar. Dan di akhir cerita, boleh selitkan ayat seperti

“Baby dah nyenyak tidur selepas disapukan balm xxx. Alhamdulillah sejak pakai balm xxx, mudah sangat tidur dan nyenyak pula tu! Mommy pun nak dapatkan beauty sleep. Goodnight everyone”

Lebih berbunyi seperti ingin bersosial berbanding menjual kan?

 

3. Banyakkan Content marketing 

Kongsikan maklumat yang memberi manfaat kepada orang ramai. Jika anda ingin menjual Mary Jardin, kongsikan maklumat seperti “10 bahan yang patut anda elakkan dalam pencuci muka anda”. Maklumat begini bermanfaat kepada orang ramai dan akan meningkatkan organic reach & engagement. Ramai yang akan LIKE, SHARE dan COMMENT. Ia juga akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang peniaga. Tak perlulah sentiasa tayang produk sahaja kan?

content marketing

 

4. Gunakan gambar menarik dan best!

Letak gambar menarik minat dan menggembirakan. Jangan letak gambar menjijikkan seperti najis, jerawat bernanah seperti gunung berapi yang aktif atau gambar kaki busuk kencing manis. Pilihlah wajah manis, orang dalam keadaan gembira. Yang terbaik adalah letakkan gambar anda sendiri sambil wujud produk placement dalam gambar tersebut. Contohnya gambar anda yang sedang bekerja di office, dan di tepi keyboard komputer ada lotion Mary Jardin 🙂 Post berbunyi begini “Letih jari tekan keyboard dari pagi. Time audit hujung tahun selalu macam ni. Lega ada lotion Mary Jardin, boleh juga urut jari jemari ni. Bau pun wangi dan extra effect kulit rasa soft sangat!”

Jangan letakkan gambar testimoni sebelum selepas. Robot FB pasti dapat menangkap yang anda sedang menjual!

 

5. Perbanyakkan Live Video

Live video masih relevant. Dan live video boleh meningkatkan engagement dengan cepat. Pelajari teknik untuk membuat live video yang berkesan!

 

6. Selitkan kehidupan peribadi

Orang lebih sukakan posting anda jika anda selitkan serba sedikit kehidupan peribadi dan kisah harian anda. Mereka terasa lebih dekat dengan anda. Tapi jangan terlalu banyak ye, nanti bosan pula

 

tips pemasaran facebook

 

7. Penuhkan kuota Facebook friend anda dengan prospek.

Untuk berbuat demikian, anda perlu tahu profile pelanggan anda (customer avatar) dan lubuk mana mereka berada. Jika anda arif tentang dua perkara ini, pasti anda boleh add mereka sebagai friend dengan mudah.

7 Tips yang mudah ni, anda betul-betul amalkan insyaAllah anda akan lihat impak & hasilnya nya pada bisnes anda tanpa perlu mengeluarkan KOS marketing untuk produk anda. Zero Cost Marketing. Best kan? 🙂

Nak belajar lebih banyak tentang tips pemasaran bisnes? Follow je Facebook Dr Maryam Aziz dan isikan maklumat anda dibawah untuk dapatkan FREE tips dalam artikel-artikel terkini kami yang lain nanti 🙂