Category

Tips Bisnes

How To Be A Better Business Leader

By | Tips Bisnes | No Comments

Everybody knows that as entrepreneurs, you need to wear many hats. You’re often accountable for a wide range of responsibilities, from marketing and business development to accounting and inventory control. As the business grows and begins to see some cash flow, entrepreneurs are encouraged to get help with the tasks that they either cannot do well or that do not utilize their core strengths. Having a well-developed leadership is also critical for success.

Once you begin hiring, you need to understand the importance of being a good leader. If you can do that, you will save your time and money rehiring and retraining for the same positions, and you will create a culture where people always want to do their best. Here are some of the tips for becoming a good business leader.

1. Work with your team, not just over them.

The best leaders work alongside those they lead, if not always, then periodically. In an entrepreneurial context, this means getting your hands dirty by taking over the social media now and then, helping to produce content for your business’s blog, answering some customer service request yourself or speaking with customers about what they love or don’t love about your product or service. By doing the work they do, you will fully understand the people you lead and how you should lead them.

2. Be humble.

Nobody wants to work for somebody who is stuck up and so full of themselves. Instead, it is beneficial for all parties if a leader can acknowledge when they make a mistake, then allowing their team to learn from the mistake instead of blaming their team for their own mistake. Great leaders should not be afraid to admit they are not perfect. When you are humble enough to share your obstacles and the ways in which you have overcome those obstacles with your team, you will strengthen the business and build a more unified culture.

3. Understand that no one is perfect.

A successful leader pushes their team to strive for greatness but is not quick to judge or rebuke if that greatness is not achieved immediately. Instead, the leader helps their team build up existing skills and create new ones. When someone made a mistake, help them learn from that mistake instead of just judging and scolding them for messing up. Progress takes patience and a good leader understands that.

4. Assess how people perceive you.

Your reputation at your workplace can affect the way your team operates, be sure to check in now and then to make sure your perception matches your goals. Be yourself, but be aware of how your team’s and the public’s perceptions of you affect your business.

5. Don’t waste people’s time.

Find ways to communicate with your team that are fast and effortless. Allow your employees to work the ways they find efficient for them. The more you show that you respect others’ time, the more your team will strive to meet your common goals and the faster you will get there with your team next to you giving you the ultimate support.

These are the most common and basic things you need to know to be a better leader for your business. If you practice these tips at work, it will ensure that your business can grow as big as dream it to be. The most important thing is trust when being a leader in business. If you don’t have that, your team won’t even trust you to take care of them and you will forever be stuck in a loop of people coming and going.

 

 

 

Menarik Minat Pelanggan | Hilde Group

Cara Menarik Minat Pelanggan Dengan Baik

By | Tips Bisnes | No Comments

Sesebuah perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi untuk terus maju dan berjaya di masa akan datang. Namun, adakah perniagaan itu mampu berjaya untuk menjaga hati pelanggan untuk memastikan mereka setia menggunakan produk anda.

Menarik minat pelanggan | hilde group

Di bawah ini merupakan perkara yang wajib anda lakukan untuk menarik minat pelanggan anda.

1.Mempunyai Hati

Bagaimana ingin menarik minat pelanggan anda  ? Apa yang perlu anda lakukan adalah, pertama sekali  anda mestilah mempunyai hati. Hati yang ikhlas untuk membantu pelanggan kita yang mempunyai masalah dan ingin mencuba produk kita atau telah mencuba untuk menjadikan pelanggan anda pelanggan yang setia.

Menarik minat pelanggan | hilde group

2.Mengatur Strategi

Strategi harus di diatur terlebih dahulu untuk memudahkan khidmat pelanggan memenuhi permintaan pelanggan bagi menarik minat pelanggan anda. Anda haruslah mengkaji terlebih dahulu mengenai pelanggan anda. Dan kenal pasti apa yang pelanggan anda suka dan tidak suka. Pastikan anda perbanyakkan yang dapat menarik minat pelanggan anda. Selepas itu, atur strategi yang membantu untuk memuaskan kehendak pelanggan anda.

3.Customer Intimacy

Sangat mesra bersama pelanggan anda. Ini akan membuatkan pekerja anda berasa gembira untuk terus membeli dengan anda. Sebagai contoh, anda begitu erat dengan pelanggan ada dan sering mengambil berat tentangnya. Selain itu, memohon maaf jika ada melakukan kesalahan.

4.Mengenal Pasti Bahasa Pelanggan

Anda sewajarnya mengenal pasti bahasa pelanggan anda ini kerana mengikut perbezaan umur dan juga kerjaya. Ada yang mudah memahami dan ada juga yang perlu banyak belajar mengenai pelanggan anda. Anda tidak harus memberi layanan dan membahasakan diri mereka sama sahaja. Malah anda haruslah membezakan perkara tersebut agar pelanggan anda berasa selesa bagi menarik minat pelanggan anda.

5.Fahami Pelanggan

Anda haruslah fahami kehendak pelanggan anda. Terdapat pelbagai jenis pelanggan yang anda haruslah fahami. Tidak semua pelanggan mempunyai sikap yang serupa. Anda perlu belajar untuk mengenali pelanggan anda.

 

mulakan perniagaan online | Hilde Group

3 ALAT PERCUMA MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

By | Tips Bisnes | No Comments

3 ALAT PERCUMA MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

Ramai usahawan di luar sana mengeluarkan banyak modal untuk memulakan perniagaan mereka dan ada diantara mereka yang mengeluarkan wang banyak untuk memulakan perniagaan. Konsep mereka 100% salah apabila membuat pinjaman dengan alasan mulakan perniagaan dengan menyewa kedai untuk berniaga. Mengapa perlu mengeluarkan wang yang banyak sedangkan ada pelbagai alat yang boleh digunakan secara percuma.

Di sini Hilde Group kongsikan ke anda alat untuk memulakan perniagaan secara percuma! tak perlu banyak modal untuk memulakan perniagaan online sedangkan masih ada yang percuma untuk digunakan.

  1. MENGGUNAKAN FACEBOOK

mulakan perniagaan online| hilde group

Dengan menggunakan akuan facebook personal anda sahaja sudah menjamin permulaan perniagaan anda dengan percuma. Kebanyakkan kenalan di facebook merupakan rakan dan kebanyakan mengenali diri anda dan di situ boleh menimbulkan kepercayaan daripada customer anda untuk membeli produk anda kerana lebih dikenali siapa penjual mereka. Tetapi harus diingati permulaan untuk anda memulakan perniagaan anda tidak sewajarnya membiarkan di facebook anda penuh dengan iklan produk yang bakal anda menjual. Perbanyakkan isi kandungan yang membawa kepada kebaikan tidak semata – mata anda ingin menjual untuk step anda memulakan perniagaan online.

2. MENGGUNAKAN WHATSAPP

mulakan perniagaan online | Hilde Group

Baru- baru ini telah tular di laman sosial whatsapp sudah mengeluarkan whatsapp khas untuk perniagaan. Ini memudahkan lagi anda untuk berniaga dan lebih dipercayai oleh pelanggan anda. Kebanyakan pengguna menggunakan whatsapp yang percuma ini untuk berinteraksi bersama pelanggan mereka kerana boleh dikatakan 90% daripada rakyat malaysia yang menggunakan aplikasi ini untuk berhubungan semasa sendiri. Ini menjadikan pelbagai cara untuk memulakan perniagaan online dengan menggunakan peralatan dan aplikasi percuma.

3. MENGGUNAKAN BLOG

mulakan perniagaan online | Hilde Group

Peredaran masa semakin pesat membangun dan zaman blog makin dilupakan. Kebanyakkan perniagaan tidak tahu bahawa penggunaan blog merupakan alat percuma untuk mendapatkan pelanggan. Kebanyakan pelanggan akan terus ke google untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk. Ini lebih mudah untuk pelanggan mengetahui kewujudan anda dan terus membeli dengan anda. Tidak perlu menggunakan duit yang banyak untuk memulakan perniagaan online anda.

Hilde Group berharap ini boleh dijadikan panduan untuk anda memulakan perniagaan anda dengan jayanya. Percaya dan yakinlah bahawa untuk memulakan perniagaan tidak memerlukan modal yang banyak. Tetapi daripada kehendak diri sendiri. Jika anda ingin berjaya anda haruslah mengetahui cara untuk menguruskan kewangan anda. Jangan sesekali terbeban dengan hutang.

 

[ BERITA GEMBIRA ] Coworking Space untuk disewa. Anda mempunyai masalah untuk melakukan kerja di rumah?? terdapat pelbagai halangan untuk  melakukan kerja sampingan anda. Hilde Group ada menyediakan tempat kerja dengan harga RM30 sehari!!! terus klik ( link ini ) .

Tempat yang selesa dan mempunyai pelbagai jenis kemudahan. Amatlah berpatutan dengan harga yang diberikan.

CARA PEKERJA BERTAHAN LAMA DI SYARIKAT ANDA

By | Tips Bisnes | No Comments

3 CARA PEKERJA BERTAHAN LAMA DI SYARIKAT ANDA

Sebagai majikan, amat membimbangkan apabila setelah berusaha merekrut pekerja yang terbaik, dan berjaya mendapatkannya, sudah tentu kita ingin mengekalkan nya. Majikan tentunya perlu memberi alasan yang baik agar pekerja-pekerja mempunyai komitmen jangka panjang dengan perniagaan mereka. Hilde group menawarkan agar majikan bertindak proaktif dalam membangunkan budaya kerja yang harmoni dan mewujudkan hubungan kuat dengan pekerja.

  1. TANGGUNGJAWAB

Sebagai majikan anda haruslah menunjukkan kepada pekerja yang anda mempercayai mereka dengan memberi tanggungjawab yang memberikan mereka peluang untuk berkembang. Galakkan mereka untuk memperoleh kemahiran baru. Berikan mereka peluang untuk mengikuti kursus/latihan. Berikan kenaikan gaji atau pangkat yang baik pada waktu yang sesuai untuk memberi mereka lebih semangat untuk melakukan pekerjaan dengan lebih baik. Ini akan membolehkan pekerja bertahan lama di dalam syarikat anda.

  1. PENGHARGAAN

Majikan haruslah memberi penghargaan kepada pekerja dengan memberi hadiah atau wang bonus kepada pekerja atas prestasi kerja yang baik dalam syarikat. Sebagai contoh, majikan memberikan hadiah hari lahir kepada setiap staff. Walaupun ia kecil tapi amat bermakna buat pekerja anda. Ini semua boleh menyumbang kepada budaya positif syarikat dan dapat membentuk moral yang baik dan pekerja bertahan lama.

  1. ISTIREHAT

Majikan sewajarnya memberikan istirahat sekali setahun dengan membawa pekerja berjalan – jalan atau menjayakan family day untuk mereka. Ini bukan sahaja memberi kegembiraan malah menuntut prestasi kerja berkualiti tinggi tanpa menghadapi tekanan. Tiada tekanan membolehkan pekerja bertahan lama di syarikat anda.

Penting diingatkan bahawa komitmen jangka panjang memerlukan usaha kedua belah pihak. Memang wajar sekiranya syarikat mencurigai “kutu loncat”, tetapi ingatlah bahwa jika anda mengharapkan kesetiaan pekerja terhadap syarikat anda, maka anda juga harus memberi mereka alasan yang baik untuk terus setia dan pekerja bertahan lama di syarikat anda. Pentingnya kesetiaan syarikat adalah apabila sesebuah syarikat boleh berkembang bangun dengan pekerja yang lama dengan jangka hayat kerja yang lama ini menimbulkan KEPERCAYAAN di dalam sesebuah syarikat sebagai contoh, karangkraf yang masih bertahan hingga sekarang.

“Kita haruslah menjaga perasaan pekerja kita. Agar mereka setia bersama kita dan terasa sayang untuk tinggalkan syarikat kita” – Datuk Hussamuddin ( CEO Karangkraf ).

 

Dapatkan Free Ebook dari Hilde Group untuk membantu anda close sale. Cuma klik ( di sini ) . Semoga Ebook ini dapat membantu anda semua.

3 JENIS PERNIAGAAN TRENDING DI MALAYSIA

By | Tips Bisnes | No Comments

3 JENIS PERNIAGAAN TRENDING DI MALAYSIA

Kebanyakkan kita sering keletihan dengan kehidupan seharian, di mana masa banyak dihabiskan untuk bekerja dan keluarga kian terabai buat seketika. Kebanyakan kita menghadapi tekanan perasaan apabila tidak dapat seimbangkan antara kerja dan masa bersama keluarga. Tidak hiranlah pada zaman sekarang ramai yang lebih gemar berhenti kerja dan membina perniagaan sendiri kerana lebih percaya akan ada banyak masa bersama keluarga tercinta.

Anda ingin memulakan perniagaan dan ingin menjadi usahawan yang berjaya??? Jom lihat apakah perniagaan yang paling trending di Malaysia.

PRODUK KECANTIKAN

Produk kecantikan di Malaysia kini seperti pisang goreng panas. Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang kian mekar naik di Malaysia. Jika anda senaraikan produk kecantikan di Malaysia ini.  Tidak terkira kerana terlalu banyak untuk disenaraikan. Tambahan teknologi yang kian maju dan kehadapan membolehkan lagi pembelian produk kecantikan lebih mudah dan cepat. Jadi tidak hiranlah jika produk kecantikan menjadi tempat pertama trending di malaysia.

FESYEN

Industry fesyen sedang pesat berkembang di Malaysia. Dibuktikan lagi apabila industri fesyen menjadi viral ke serata dunia kerana penerimaan fesyen yang menjadi trending masa kini. Kebanyakan industri fesyen lebih update dari masa ke semasa. Selain itu, dengan peningkatan aktiviti beli-belah dalam talian, ramai mengambil peluang menjual pakaian fesyen tempatan melalui internet tanpa perlu risau tentang kos kerana melakukan dalam kuantiti yang banyak lebih menjimatkan kos. Jadi jika Bidang Fesyen menjadi mendapat tempat ke dua dalam trending di malaysia.

PRODUK MAKANAN

Perniagaan makanan adalah perniagaan yang paling mudah untuk melakukannya. Perniagaan yang bermula dari rumah juga boleh dijadikan perniagaan anda lebih kerkembang. Perniagaan makanan dapat memberikan peluang pulangan yang amat lumayan. Zaman kini, ramai yang mengamalkan delivery services kepada pelanggan menjadikan perniagaan makanan online lebih menjimatkan. Ini kerana kebanyakkan masa kini lebih gemar membeli makanan secara delivery kerana kekangan masa untuk memasak dan sebagainya. produk makanan mendapat no tiga di dalam perniagaan trending di malaysia.

Perniagaan yang dinyatakan di atas telah menjadi trending dan kian berkembang dari semasa ke semasa. Walaupun mempunyai pesaingan yang ramai jika kita mempunyai keunikan tersendiri kita akan berada di tempat paling tinggi. Setiap kita mempunyai keunikan masing-masing dan bakal menjadi trending di malaysia kelak.

memulakan perniagaan | hilde group

CARA MUDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE!! WAJIB BACA

By | Tips Bisnes | No Comments

CARA MUDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE!! WAJIB BACA

Hilde Group yakin bahwa ramai pada hari ini mempunyai acc facebook, instagram, twitter dan sebagainya. Adakah anda tahu bahawa semua social media di atas adalah free dan mudah untuk memulakan perniagaan anda?

Ruginya jika anda boleh mendapatkan pulangan wang yang berganda dalam media social anda dari hanya membazir masa dengan hanya bermain di laman sesawang anda.

Disini terdapat cara mudah untuk anda memulakan perniagaan anda secara online dan tidak perlu mengeluarkan apa2 modal. Hanya melakukan iklan dan mencari pelanggan untuk membeli. Apa yang menarik lagi adalah kenalan facebook anda kebanyakan yang sudah mengenal anda, jadi lebih mudah anda memperoleh kepercayaan daripada pembeli anda.

Berikut adalah cara mudah memulakan perniagaan online anda!

1. MENJADI DROPSHIP

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya dan sedang usaha untuk berjaya. Untuk permulaan, anda tidak perlulah memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan mencari kilang oem untuk keluarkan produk anda. Sudah pasti memerlukan wang yang banyak untuk permulaan ini, jadi tidak perlu pening kepala. Cukup dengan menjadi dropship sudah membawa untung yang banyak kepada anda.

2. JANGAN HANYA MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN

Usah terlalu memikirkan kewangan semata- mata, pastikan anda ubah niat anda berniaga kerana ingin membantu pelanggan anda yang mempunyai masalah. Tidak ada di luar sana yang mengatakan bahwa pengeluaran modal yang banyak dapat menjamin keuntungan. Tapi jika kita memberi kita akan mendapat pulangan lebih seperti ikhlas.

Fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Makin ramai yang dapat faedah dari produk anda, makin besar jualan anda nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan perniagaan anda, mulakan dari kecil dan ditingkatkan bila jualan semakin membesar.

3. MULAKAN DENGAN PERCUMA

Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan anda. Ada rakan – rakan kita yang tersalah langkah dengan mengeluarkan modal yang banyak untuk memulakan perniagaan tampa mengkaji terlebih dahulu. Jangan sesekali membuat pinjaman bank atau sebagainya. Kerana anda boleh mulakan perniagaan anda dengan perniagaan yang percuma. Cari yang percuma terlebih dahulu. Dengan ini akan membantu anda untuk berjaya dan mulakan perniagaan anda. Jangan tersilap langkah.

Anda tidak perlukan modal yang besar kerana anda belum di tahap untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.

Pastikan anda mencari guru untuk berunding tentang permasalahan anda. Yang paling utama adalah anda bekerja di dalam pasukan membolehkan anda terus bersemangat dalam menjayakan misi dan visi anda. Cari guru yang terbaik? terus ke laman web hilde group

Hilde Group
Berniaga Itu Sunnah.

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS PEMASARAN PERSONAL FACEBOOK UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

By | Marketing, Tips Bisnes, Uncategorized | No Comments

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS FACEBOOK MARKETING UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

maryam aziz mary jardinFrom the desk of Dr Maryam Aziz

Panggg!!! Terkejut bagai ditampar bila membaca pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam. Siapa dah baca?

Sebagai seorang yang mula berniaga dengan Facebook Personal Account (bukan Facebook Page mahupun FbAds) dan sebagai seorang business trainer yang mengajar para usahawan cara untuk membuat pemasaran percuma di Facebook Personal, pengumuman semalam sedikit sebanyak mencuri perhatian dan ketenangan hati Maryam.

Yang belum baca boleh baca di bawah:

tips pemasaran facebookBeriklan di Facebook Personal adalah cara mudah dan percuma untuk beriklan. Tapi cuba bayangkan anda sebagai pengguna Facebook yang tidak berniaga. Anda log masuk Facebook untuk bersosial dan mengetahui perkembangan saudara mara dan rakan, tetapi lambakan iklan buatkan anda rasa menyampah dan bosan menggunakan Facebook. Lama kelamaan anda tidak mahu lagi menggunakan Facebook kerana Facebook bukan lagi tempat bersosial tetapi menjadi online shopping mall!

Situasi ini yang cuba dibendung oleh Facebook melalui pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam (12/1/2018). Saya sendiri pernah satu masa jelek menggunakan Facebook ketika dipenuhi dengan iklan dengan gambar radikal. Contohnya jamu untuk peranakan wanita menggunakan gambar keputihan yang sangat menjelekkan, ubat sembelit menggunakan gambar najis dan jamu perapat menggunakan copywriting yang sangat lucah.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa impak perubahan yang bakal dilakukan oleh Facebook kepada bisnes kecil kecilan. Cuma kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana kita masih boleh gunakan facebook untuk membuat marketing bisnes kecil kecilan

7 Survival Tips Pemasaran Facebook di akaun personal untuk peniaga online

  1. Kuatkan Personal Branding

Orang akan membeli dari peniaga yang dia sukai. Contohnya apabila kita suka dengan Neelofa, kita akan membeli barangan yang dijual oleh Neelofa. Jadi kita perlu jadikan diri kita peniaga yang disukai. Bukan hanya kerana produk yang kita jual. Be likeable as a person. Not as a product. Pelajari ilmu personal branding untuk tahu lebih mendalam bagaiaman membuat Personal Branding di Facebook dan mengumpul followers. Izinkan warga Facebook mengenali anda sebagai seorang indicidu dan bukan hanya sebagai peniaga yang siang malam menceritakan tentang produk.

personal branding

2. Soft Selling vs Hard Selling

Jangan jadikan Facebook kita sebagai katalog jualan. Orang akan muak dengan posting kita. Berkemungkinan mereka akan unfollow, unfriend atau terus BLOCK. Jadi apa yang perlu dibuat? Banyakkan soft selling. Banyakkan post untuk bersosial. Contohnya anda menjual balm bayi. Letakkan gambar comel wajah anak anda yang sedang tidur nyenyak. Ceritakan tentang hari anda yang mencabar. Dan di akhir cerita, boleh selitkan ayat seperti

“Baby dah nyenyak tidur selepas disapukan balm xxx. Alhamdulillah sejak pakai balm xxx, mudah sangat tidur dan nyenyak pula tu! Mommy pun nak dapatkan beauty sleep. Goodnight everyone”

Lebih berbunyi seperti ingin bersosial berbanding menjual kan?

 

3. Banyakkan Content marketing 

Kongsikan maklumat yang memberi manfaat kepada orang ramai. Jika anda ingin menjual Mary Jardin, kongsikan maklumat seperti “10 bahan yang patut anda elakkan dalam pencuci muka anda”. Maklumat begini bermanfaat kepada orang ramai dan akan meningkatkan organic reach & engagement. Ramai yang akan LIKE, SHARE dan COMMENT. Ia juga akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang peniaga. Tak perlulah sentiasa tayang produk sahaja kan?

content marketing

 

4. Gunakan gambar menarik dan best!

Letak gambar menarik minat dan menggembirakan. Jangan letak gambar menjijikkan seperti najis, jerawat bernanah seperti gunung berapi yang aktif atau gambar kaki busuk kencing manis. Pilihlah wajah manis, orang dalam keadaan gembira. Yang terbaik adalah letakkan gambar anda sendiri sambil wujud produk placement dalam gambar tersebut. Contohnya gambar anda yang sedang bekerja di office, dan di tepi keyboard komputer ada lotion Mary Jardin 🙂 Post berbunyi begini “Letih jari tekan keyboard dari pagi. Time audit hujung tahun selalu macam ni. Lega ada lotion Mary Jardin, boleh juga urut jari jemari ni. Bau pun wangi dan extra effect kulit rasa soft sangat!”

Jangan letakkan gambar testimoni sebelum selepas. Robot FB pasti dapat menangkap yang anda sedang menjual!

 

5. Perbanyakkan Live Video

Live video masih relevant. Dan live video boleh meningkatkan engagement dengan cepat. Pelajari teknik untuk membuat live video yang berkesan!

 

6. Selitkan kehidupan peribadi

Orang lebih sukakan posting anda jika anda selitkan serba sedikit kehidupan peribadi dan kisah harian anda. Mereka terasa lebih dekat dengan anda. Tapi jangan terlalu banyak ye, nanti bosan pula

 

tips pemasaran facebook

 

7. Penuhkan kuota Facebook friend anda dengan prospek.

Untuk berbuat demikian, anda perlu tahu profile pelanggan anda (customer avatar) dan lubuk mana mereka berada. Jika anda arif tentang dua perkara ini, pasti anda boleh add mereka sebagai friend dengan mudah.

7 Tips yang mudah ni, anda betul-betul amalkan insyaAllah anda akan lihat impak & hasilnya nya pada bisnes anda tanpa perlu mengeluarkan KOS marketing untuk produk anda. Zero Cost Marketing. Best kan? 🙂

Nak belajar lebih banyak tentang tips pemasaran bisnes? Follow je Facebook Dr Maryam Aziz dan isikan maklumat anda dibawah untuk dapatkan FREE tips dalam artikel-artikel terkini kami yang lain nanti 🙂

pengurusan peribadi anda|hildegroup.com

3 TIPS SIMPLE PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI ANDA.

By | Tips Bisnes | No Comments

3 TIPS SIMPLE PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI ANDA.

3 TIPS SIMPLE PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI ANDA.

Pengurusan kewangan peribadi  yang tidak teratur akan menyebabkan kita mengalami masalah kewangan yang amat berat dan menyebabkan kita tidak dapat menyimpan sedikit kewangan kita untuk jangka masa yang panjang. Bukan mudah untuk menyimpan kewangan kita apabila gaji, betul kan? Pasti di hujung bulan kita sudah mengikat perut untuk menunggu gaji seterusnya. Ada yang mengalami masalah demikian? Jangan risau!

Hilde Group disini membantu anda untuk mengatasi masalah pengurusan kewangan peribadi anda dengan menggunakan 3 Tips Simple Pengurusan Kewangan Anda.

1.ELAKKAN KAD KREDIT

Anda haruslah menolak menggunakan kad kredit dan menggunakan kad debit di setiap urusan membeli anda. Ramai yang telah terjebak menggunakan kad kredit untuk urusan pembelian dan menghadapi bayaran yang banyak setiap bulan yang perlu ditanggung. Ia sama seperti bayar tunai, tak berhutang. Anda haruslah pandai membelanjakan kewangan anda dan menggunakan wang peribadi anda untuk sesuatu yang penting bukan mengikut kehendak nafsu semata- mata. Kerana kelak anda yang bakal menaggung akibatnya.

2. MENYIMPAN LAH WALAUPUN SEDIKIT

Menyimpan Lah walaupun sedikit, lama- lama menjadi bukit. Anda pasti sering mendengar nasihat seperti ini di mana-mana sahaja tapi masih tidak mempunyai kesedaran untuk menyimpan, betul tak? kita haruslah tanam azam yang tinggi untuk terus menyimpan walaupun dengan kuantiti yang sedikit. menyimpan adalah untuk kesenangan dalam jangka masa yang panjang dan juga kecemasan. itu barulah dikatakan pengurusan kewangan peribadi yang terbaik.

3. SUMBER PENDAPATAN KEDUA

Selain pendapatan utama, elok ada sumber kedua pendapatan. Semua sudah sedia maklum yang untuk memulakan perniagaan amatlah mudah kerana dengan adanya teknologi yang serba canggih sekarang dengan bermula dengan perniagaan online dapat membantu menambahkan lagi pendapatan yang berkurangan itu. Pengurusan kewangan peribadi anda mungkin akan menjadi lebih terurus dengan ada wang lebihan untuk membantu anda menyimpan. Anda boleh membaca 3 cara mudah untuk memulakan perniagaan online. 

Semoga dengan menggunakan 3 Tips Simple Pengurusan Kewangan ini Hilde Group dapat membantu anda semua.

TIPS MARKETING ONLINE POWER PENGASAS MARY JARDIN. RUPANYA SENANG SANGAT BILA IKUTI 10 LANGKAH NI!

By | Tips Bisnes | No Comments

 Nak tahu tips marketing online power pengasas Mary Jardin?

tips marketing online

Kali ini kami ingin kongsikan tips marketing online power dari Dr Maryam Aziz. Berikut kami kongsikan nukilan dari Dr Maryam Aziz, Pengasas HILDE GROUP SDN BHD yang menghimpunkan 5 buah syarikat termasuklah MARY JARDIN. Nama Dr Maryam Aziz dan Mary Jardin memang tidak asing lagi di dalam dunia perniagaan dan beliau bersifat terbuka berkongsi rahsia marketing power yang beliau amalkan sendiri.

==========================================================================

Maryam rasa marketing susah sehinggalah Maryam faham satu ayat ni…..

Maryam dah janji untuk bagi tips marketing online power dan mudah, jadi hari ini Maryam nak kotakan janji itu 🙂 Berlagak betul bunyinya kan- marketing senang kononnya hehe. Sebenarnya Marketing memang senang. Cuma keberkesanan marketing tu yang susah sikit. Tapi bagi sesiapa yang dah biasa buat marketing, tak susah mana pun. Jika buat kadang-kadang, on off, tidak konsisten, sekejap-sekejap letak #IAmBack (ni kes selalu down dalam berbisnes, kemudian berhenti buat marketing, tiba-tiba selepas itu dpt semangat semula, buat comeback) Siapa macam ni?” Memang kelautan marketing anda.

Dulu Maryam rasa marketing ni susah sangat sehinggalah seorang guru berjaya gerudi satu ayat ke dalam otak Maryam. Ayat tu macam ni “Marketing is to make people see us”. Itu je marketing. Mudah kan? (teruskan baca kalau nak tau tips ok)

Laaaaa simple gila rupanya.

Contoh macam ni. Kita pandai buat kek sedap dan nak jual kek. Tapi kita malu nak menjual. Sebab apa? Sebab kita takut orang tak beli, sebab kita tak pandai buat ayat pancing suruh orang beli, sebab kita tak yakin kita mampu menjual dan sebagainya. Disebabkan semua itu, kita tutup mulut dan ambil jalan untuk tidak berbuat apa-apa! Rugi. Terrrrrsangat rugi. Sebab apa? Sebab kek kita sedap dan mungkin orang akan tergila-gila kan kek kita jika mereka rasa kek tu.

“Marketing is to make people see us”

Maksudnya orang marketing bukan menjual. Kita hanya nak orang tahu yang kita ada produk bagus yang boleh menyelesaikan masalah tertentu. Contohnya Maryam nak orang tahu yang Maryam ada produk Mary Jardin yang boleh menyelesaikan masalah nak jaga kulit muka menggunakan produk selamat, semulajadi dan bebas kimia. Maryam bagitau je. Dan Maryam buat marketing untuk pastikan orang tahu yang Mary Jardin wujud dan boleh menyelesaikan masalah tertentu. Maryam TAK SURUH BELI PUN  Itulah marketing. Kita tak pernah suruh orang beli. Kita cuma bagitau kita ada solution yang mereka mungkin perlukan. Marketing is very much a 1-way process. Ikut suka kita nak cakap apa atau nak buat apa.

Macamana nak bagi orang nampak kita? Jawapannya, berkomunikasilah di tempat yang ramai orang.

Cuba bayangkan kita jerit sekuat hati “Saya pandai buat kek. Kek saya sedap!!!!!!” Tapi kita jerit seorang diri dalam bilik kosong. Jadi kita berharap untuk siapa nampak kita dan dengar kita? Dinding dan tingkap dan pintu?

P/s lepastu complain tak dapat jualan . Marketing pun kelaut ?

Ataupun kita jerit sekuat hati dalam hutan. Tak ada sesiapa pun yang dengar. Adakah kita mengharapkan harimau, monyet, ular dan gajah untuk berminat dengan kek kita?? Ini namanya salah customer avatar. Buat marketing kepada orang yang memang takkan berminat atau perlukan produk kita.

Atau kita berbisik bisik dalam dewan. Dalam dewan tersebut ada ramai orang yang mungkin berminat dengan kek kita. Tetapi kita tidak cukup lantang sampai orang tak dengar. Jadi nak buat apa? Ambilah mikrofon dan beritahu semua orang yang kita ada kek sedap dan mereka mungkin ingin cuba rasa. Perumpamaan ni sebenarnya kita buat marketing tapi offer kita tak jelas, mungkin poster tak menarik, orang tak tau kita boleh selesaikan masalah apa, dan kita tak cari lubuk yang menghimpunkan orang berpotensi menjadi pelanggan.

So ni Maryam bagi 10 TIPS MARKETING ONLINE POWER untuk anda amalkan bagi meletupkan bisnes anda.

  1. Kenal customer avatar (Kenal pasti ciri-ciri orang yang mungkin suka dengan produk anda)

  2. Kenal solusi yang anda boleh tawarkan (Masalah apa yang anda boleh selesaikan?)

  3. Kenal pasti lubuk pelanggan (Pelanggan anda duduk di mana? Mereka suka tengok tv? Kalau ya, channel apa? Mereka suka baca surat khabar? Kalau ya, surat khabar apa)

  4. Berikan offer yang jelas dan menarik (video, gambar, copywriting mesti jelas)

  5. Bersuara lantang (pilih medium untuk bersuara lantang. Gantung 1000 banner? Letak billboard? Gunakan fb ads? Pilih apa saja cara untuk bersuara lantang) Kalau boleh sampai nama kita melekat dalam otak prospek

  6. Letakkan call-to-action yang jelas. Beritahu pelanggan apa yang patut mereka lakukan sekarang. Pelanggan anda mungkin terpana melihat produk anda yang sangat best, dan mereka mungkin perlukan sedikit ‘nudge in the shoulder’ untuk berbuat sesuatu seperti “telefon kami sekarang untuk menjadi 100 orang bertuah dapatkan sampel kek percuma”

  7. 7. Bagi sampel untuk prospek cuba. Prospek biasanya sangat berprasangka dan tidak percaya dengan produk baru. Berikan mereka sampel untuk meningkatkan keyakinan mereka ?

  8. 8. Ceritakan tentang orang lain yang pernah mencuba produk anda dan berpuas hati. Prospek akan mudah percaya bila mendengar pengalaman orang lain. Pastikan anda jujur dan jangan overclaim ye ?

  9. 9. Ulang2 proses ini secara konsisten. Marketing bukanlah benda yang dibuat sekali dua terus harapkan hasil. Prospek akan membeli setelah terdengar tentang anda beberapa kali. Mereka yang tenggelam timbul dalam marketing, jangan harapkan result yang gempak ye sebab usaha anda sia sia sebenarnya

  10. 10. Belajar belajar dan belajar. Belajar bagaana syarikat lain buat marketing berkesan dan bolehlah tiruvasi 

==========================================================================

Inginkan lebih banyak tips bisnes dari Dr Maryam Aziz. Bolehlah follow Facebook beliau disini

Anda seorang usahawan? Pastikan anda dapatkan pelbagai tips disini ye

Anda berminat untuk memulakan bisnes sendiri dari rumah? Mungkin anda patut pertimbangkan beberapa kursus yang kami sediakan untuk wanita mulakan dari rumah

shazreeyana shukri makeup class

facial spa course

3 CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE | HILDE GROUP

3 Cara Mudah Berniaga Online

By | Tips Bisnes | No Comments

3 CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE

Sudah menjadi trending zaman kini berniaga secara online. Berniaga online telah menjadi salah satu kerja sampingan yang paling famous pada masa kini. semua boleh mulakan perniagaan tanpa memerlukan sebarang modal kerana menjadi dropship sesuatu produk. Ramai yang mulakan perniagaan tanpa memikir panjang tentang persaingan yang bakal dilalui apabila terdapat terlalu banyak peniaga online yang semakin rancak.

Di sini Hilde group ingin berkongsi 3 cara mudah berniaga online.

1. SELIDIK PELUANG PERNIAGAAN/PEMASARAN

Jika ingin memulakan perniagaan anda sewajarnya selidik dahulu peluang pemasaran yang ada. Melihat peluang pasaran yang manakah lebih tinggi dan inginkan permintaan yang tinggi. oleh hal demikian, boleh kita mengetahui produk apa yang ingin kita jual mengikut keperluan pemasaran.

2.MENCARI PELUANG UNTUK MEMBAHAGI MASA

Jika anda berniaga online secara sambilan anda haruslah pandai membahagi masa anda dalam melakukan perniagaan online dan guna kerja anda. Jika anda seorang suri rumah anda haruslah pandai membahagi masa antara keluarga dan jugan perniagaan anda. Ini kerana perniagaan yang berjaya perlukan disiplin yang tinggi untuk memperoleh keuntungan. Tiada jalan mudah dalam dunia ini melainkan atas usaha diri anda sendiri. Anda mampu mengubah hidup anda.

3.CARA CLOSE PELANGGAN YANG TERBAIK

Apabila anda berniaga online pastikan anda selalu bersama dengan smartphone anda. Ini kerana kebanyakan pelanggan tidak akan membeli jika anda tidak pandai melayan dan lambat menjawab soalan yang ditanya oleh mereka. Layanan yang baik dapat menambahkan lagi kemesraan antara dan kepercayaan untuk mereka membeli barangan yang anda jual.

Semoga tips serba ringkas di atas dapat membantu anda semua dalam menjalankan perniagaan online anda. Ikuti kami di Hilde Group untuk mendapatkan pelbagai jenis tips tentang perniagaan anda!