Category

Uncategorized

9 Steps to Prepare for Your Job Interview

By | Uncategorized | No Comments

9 Steps to Prepare for Your Job Interview l HildeGroup.com

1. Do some research on the company & the job position you are applying

Before going for the interview, make sure you do some research first so that you will be seen as well prepared. Write down any questions you may have about the company or the job position so you can ask during the interview. It will look better when you go into the interview with intelligent questions. It shows that you put an effort in preparing for the interview.

2. Pick out what you are going to wear

What you wear to the interview is a crucial part of preparing for a job interview. Pick out something that portrays confidence and positivity. Avoid wearing dull colours or colours that are too bright. After you have chosen your outfit, make sure it is cleaned and pressed and you have the appropriate accessories and shoes to go with it.

3. Study your resume

Any work experience or skills that you have listed on your resume are a fair game to talk about during the interview. Your resume is all the interviewer has to go by in order to get to know you. They may pick things out from your resume and ask you to elaborate more on it. Make sure you know everything by heart so that you won’t be surprised when you are asked certain questions. This is the one step that you may not want to skip in preparing for your job interview.

4. Practice your answers to the most common interview questions

For this particular step, you’ll want to have your answers ready and maybe practice them a few times before your job interview. You should always be able to answer the most common questions like “Tell me about yourself” and “Why do you think you would be great for this job?” it is up to you to sell yourself to the interviewer.

Avoid memorising your answers so they come out rehearsed, but have a clear idea of what you are going to say. When you are asked a question, you want your answers to come out natural. Be open to other questions as well and really know what you can offer to the company.

5. Pay attention to non-verbal communication

Be mindful because non-verbal communications speak volume. Remember that waiting room behaviours may be reported. During the interview, remember to smile. establish eye contact and use a firm handshake. Sit up straight yet comfortably. Be aware of nervous gestures such as foot-tapping and pen clicking. Do not stare at your interviewer but try to maintain good eye contact while addressing all aspects of an interviewer’s questions. Lastly, manage your facial expressions. Facial expressions provide clues to your feelings. Manage how you react and project a positive image.

6. Listen & ask questions

During the job interview, listening is just as important as answering questions. If you are not paying attention, you are not going to be able to give a good response. It is important to listen to what the interviewer is saying so that you can give an appropriate answer. Be ready to engage with the interviewer. You would want to have a two-way communication so that you can build a relationship with the interviewer rather than just providing a response to the questions. Be ready with your own set of questions to ask the interviewer.

7. Find out the type of interview you will be going on

There are several common types of interviews such as the traditional one on one interview, panel interview, group interview and behavioural interview. You should not just assume the kind of interview that you will get. Don’t be afraid to ask your recruiter what kind of interview you will have.

8. Find the directions to the interview & be on time

Allow enough time to get there and anticipate traffic. it is okay to be at least 10 minutes early but no more than that. Otherwise, the interviewer might not be ready for you. Bring the phone number of your interviewer just in case you got lost or if you are going to be late.

9. Follow up with a thank you note

Follow up a job interview with a thank you note emphasising your interest with the job. Consider your thank you letter as a follow-up “sales” letter. Restate why you want the job and what you can contribute to the company. This thank you letter is the perfect opportunity to discuss anything of importance that your interviewer forgot to ask or any inquiries you have on the job position that you forgot to ask.

 

ELAKKAN DIDENDA DENGAN FILE RESIT YANG TERBAIK DAN MUDAH!

By | Management, Uncategorized | No Comments

ELAKKAN DIDENDA DENGAN FAIL RESIT YANG TERBAIK DAN MUDAH!

Pasti ramai yang sudah menerima surat cinta dari LHDN kan? Kebanyakkan yang minta adalah kemukakan resit pelepasan cukai taksiran yang sudah bertahun lamanya? Masih ada ke dalam simpanan? Ke dah hilang? Alamak!!! Takutnya nak kena denda!

Begitulah pentingnya system fail untuk elak perkara di atas berlaku, sebabnya, kalau anda TAK FAIL RESIT untuk item yang disenaraikan, anda TIDAK LAYAK MEMOHON PELEPASAN CUKAI! Nak tahu kenapa? Sebab bila LHDN hubungi anda untuk semak kembali e-filing, anda perlu menghantar segala resit. Tapi jika anda sudah tak simpan resit tersebut, pelepasan cukai anda akan terbatal.

Tahu tak anda lama anda perlu menyimpan resit? 7 tahun tempoh penyimpanan resit anda.

JUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH!

Anda cuma perlukan 2 perkara ini;

  1. Gam UHU stickJUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH | hildegroup2. Buku Latihan (boleh gunakan buku latihan sekolah anak yang dah nak dibuang).

JUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH | hildegroupCARANYA ADALAH:

  1. Sediakan 3 buku latihan.
  2. Setiap buku bahagikan kepada 5 bahagian dan tag kan menggunakan penanda warna warni (lihat gambar)
  3. Maksudnya anda akan ada total 3 buku x 5 bahagian setiap buku = 15 bahagian. Anda sebenarnya perlukan paling banyak pun 14 bahagian sahaja
  4. Jika ada pelepasan yang memang tidak berkait dengan anda contohnya anak-anak (kerana anda belum mempunyai anak) atau tidak ada yang berstatus kurang upaya, anda boleh mengurangkan lagi bahagian ini.

Maksudnya anda mungkin memerlukan 1 buku sahaja = 5 bahagian

  1. ADA BEBERAPA PELEPASAN YANG TIDAK MEMERLUKAN RESIT:

#1- pelepasan diri sendiri RM9000 (semua orang dapat secara automatik)

#4- individu kurang upaya RM6000

#13- Suami/ isteri/ bayaran alimoni bekas isteri

#14- suami/ isteri kurang upaya

#15- anak bawah umur 18 tahun

#16- Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa

#17- Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dans edang belajar

#18- Anak Kurang upaya

(walaupun tidak memerlukan resit, ada yang memerlukan dokumen pengesahan seperti surat OKU atau dokumen pelajar)

  1. baiklah sekarang ni, anda labelkan setiap bahagian buku dengan pelepasan yang anda inginkan. (rujuk contoh gambar)

Contoh

BUKU 1:

Bahagian 1= RAWATAN IBU BAPA

Bahagian 2: GAYA HIDUP

Bahagian 3: PERALATAN PENYUSUAN

Bahagian 4: YURAN TASKA ANAK2

Bahagian 5: INSURAN NYAWA

SELESAI! Letakkan buku ini di tempat yang mudah dicapai. Anda akan menggunakan buku ini untuk fail resit anda  SEPANJANG TAHUN!

Selepas merekod amda haruslah buat 3 tips ini :

TIPS 1:

Setiap kali anda membuat pembelian, terus rekodkan dalam diari dan LEKATKAN RESIT DALAM BUKU LATIHAN YANG SUDAH ANDA LABELKAN TADI! Pastikan guna UHU stick sebab resit mungkin koyak jika anda gunakan gam basah.

TIPS 2:

Lagi satu yang perlu anda ingat, anda perlu photostat muka surat yang telah ditampal resit. Sebabnya, sesetengah resit akan hilang tulisannya bila sudah lama. Selalunya resit yang menggunakan kertas licin akan mudah hilang tulisan.

TIPS 3.

Anda juga disarankan untuk tangkap gambar resit (bukan selfie diri sendiri ye) dan simpan dalam bentuk softcopy di laptop. Failkan resit mengikut tahun dan bahagian. Mudah nak cari balik nanti kan ? Ingat, kena simpan 7 tahun ye!

Mudah bukan untuk failkan resit anda! anda haruslah consisten melakukannya agar ada resit yang tidak tercicir. Dan tidak perlu mengeluarkan sebarang duit untuk melakukan ini. Semua ini secara PERCUMA dan sedia ada di rumah anda.

Untuk dapatkan pelbagai jenis maklumat anda boleh terus follow kami di facebook hilde group! terdapat pelbagai jenis tips perniagaan yang boleh membantu anda dalam perniagaan anda.

Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP

10 TAHUN GUNA EXCEL BARU TAHU BANYAK GILA SHORTCUTS DALAM EXCEL! WAH MENARIK NI WAJIB TAHU!!!

By | Management, Uncategorized | No Comments

10 TAHUN GUNA EXCEL BARU TAHU BANYAK GILA SHORTCUTS DALAM EXCEL! WAH MENARIK NI WAJIB TAHU!!!

Rasa macam nak MENANGIS & KETAWA kat diri sendiri pulak bila admin baru tahu ada banyak gila SHORTCUTS DALAM EXCEL ni. Korang mesti ada yang baru tahu juga kan?
Setelah lama kita guna excel baru tahu kn da SHORTCUTS. Tambah- tambah ramai peniaga kecil menggunakan excel untuk pengiraan dan sebagainya.. Lepas ni lagi CEPAT & MUDAH kan?
JUM LIHAT SHORTCUTS EXCEL DI BAWAH
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Shortcut-Excel-1 HILDE GROUP
Rugilah jika diberikan kemudahan tapi tidak digunakan…
Jangan lupa test kat excel korang, admin dah test menjadi. Tak semua orang tahu yang sebenarnya ada shortcut di excel kan? Ini kerana ramai yang belum terdedah kepada excel. Excel lebih digunakan oleh golongan perniagaan yang mempunyai kira – kira. Dengan kira – kira excel mudah untuk digunakan. Apabila shortcut digunakan juga menjadi lebih mudah dan cepat.
Selamat belajar menggunakan shortcut excel.
 
Hilde Group,
Nampak Simple Tapi Power Beb!
TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

By | Management, Uncategorized | No Comments

5 TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

Anda sering berasa stress kerana tidak dapat menyiapkan semua tugas anda? Buat kerja jadi serba tidak kena dan resah? Terasa bagaikan “nyawa di hujung tanduk je bila boss cakap nak tengok hasil kerja”? jangan risau!! Hari ini Hilde Group nak kongsikan 5 Tip pengurusan masa yang berkesan. Selepas ini semua masalah di atas takkan berulang lagi.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. MERANCANG JADUAL HARIAN ANDA

Perancangan jadual aktiviti harian anda adalah pengurusan masa berkesan yang penting kerana ini membolehkan anda membahagi masa anda dengan baik dan terancang. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian anda. Berjaya pengurusan masa anda bermakna anda berjaya menguruskan hidup anda. Perancangan jadual anda boleh dilakukan bermula dengan perkara yang penting terlebih dahulu dan diakhiri dengan perkara yang tidak penting.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. TETAPKAN HAD MASA UNTUK SETIAP TUGAS

Jangan sesekali melakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang anda lakukan. Sentiasa kemaskini jadual anda sebelum memulakan tugas yang baru. Ini kerana anda boleh membahagikan tugas anda dengan lebih teratur. Ini akan memastikan tugas yang sedang anda lakukan mencapai kerja yang berkualiti. Ini juga akan membantu anda untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang anda lakukan. Ini akan membuatkan pengurusan masa anda berkesan dan menjadi lebih teratur.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. TAHU DEADLINE ANDA

Merancangkan kerja tidaklah mudah jika dilakukan tanpa adanya “dateline”. Jika kerja yang tidak diberikan kepada anda tiada “dateline” pastikan anda sendiri meletakkan “dateline” supaya lebih mudah anda membuat perancangan. Jika anda melakukan tugas pada saat- saat akhir akan menyebabkan anda menjadi tidak tentu arah dan mengurangkan kualiti hasil kerja anda.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. FOKUS SETIAP KALI MELAKUKAN KERJA

Anda haruslah focus setiap kali melakukan kerja anda supaya tumpuan anda tidak hilang dan dapat menyiapkan kerja anda sebelum tarikh akhir anda. Jika anda dapat menyiapkan kerja anda sebelum tarikh ditetapkan anda dapatlah berehat seketika dan kembali meneruskan kerja lain. Jika semua yang anda lakukan “last minute”, ini yang menyebabkan anda kurang waktu berehat dan akan berasa tertekan. Tiada masalah jika anda ingin berehat sebentar dengan berbual dan sebagainya. Anda boleh tetapkan masa dan kembali sambung kerja anda. Jangan terlalu focus sampai anda jadi tertekan.

TIP PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN| HILDE GROUP

  1. ISTIRAHAT YANG MENCUKUPI

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah sesuatu yang baik, masalah akan menyebabkan anda bertambah tekanan. Yang menjadikan membuang masa adalah kerana terlebih – terlebih rehat. Ini yang menyebabkan anda tangguh pelbagai jenis kerja anda. Itulah pentingnya merancang jadual harian anda agar tidak terbabas dari landasan. Tenaga akan makin menurun dan anda akan berasa tertekan jika bekerja dengan lama. Maka kerja yang terhasil tidak begitu memuaskan. Maka berusahalah agar anda dapat melakukan kerja anda yang seterusnya.

Pengurusan masa amatlah penting agar ia berkesan, jika kebanyakan masa anda dibuang begitu sahaja amatlah rugi kerana amat bermakna setiap masa anda. Bak kata pepatah “Masa itu adalah emas”. Jika kita sia-siakan masa yang ada kita tidak dapat untuk undurkan masa kembali.

Dapatkan pelbagai tip perniagaan dan pengurusan di www.hildegroup.com .

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS PEMASARAN PERSONAL FACEBOOK UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

By | Marketing, Tips Bisnes, Uncategorized | No Comments

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS FACEBOOK MARKETING UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

maryam aziz mary jardinFrom the desk of Dr Maryam Aziz

Panggg!!! Terkejut bagai ditampar bila membaca pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam. Siapa dah baca?

Sebagai seorang yang mula berniaga dengan Facebook Personal Account (bukan Facebook Page mahupun FbAds) dan sebagai seorang business trainer yang mengajar para usahawan cara untuk membuat pemasaran percuma di Facebook Personal, pengumuman semalam sedikit sebanyak mencuri perhatian dan ketenangan hati Maryam.

Yang belum baca boleh baca di bawah:

tips pemasaran facebookBeriklan di Facebook Personal adalah cara mudah dan percuma untuk beriklan. Tapi cuba bayangkan anda sebagai pengguna Facebook yang tidak berniaga. Anda log masuk Facebook untuk bersosial dan mengetahui perkembangan saudara mara dan rakan, tetapi lambakan iklan buatkan anda rasa menyampah dan bosan menggunakan Facebook. Lama kelamaan anda tidak mahu lagi menggunakan Facebook kerana Facebook bukan lagi tempat bersosial tetapi menjadi online shopping mall!

Situasi ini yang cuba dibendung oleh Facebook melalui pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam (12/1/2018). Saya sendiri pernah satu masa jelek menggunakan Facebook ketika dipenuhi dengan iklan dengan gambar radikal. Contohnya jamu untuk peranakan wanita menggunakan gambar keputihan yang sangat menjelekkan, ubat sembelit menggunakan gambar najis dan jamu perapat menggunakan copywriting yang sangat lucah.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa impak perubahan yang bakal dilakukan oleh Facebook kepada bisnes kecil kecilan. Cuma kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana kita masih boleh gunakan facebook untuk membuat marketing bisnes kecil kecilan

7 Survival Tips Pemasaran Facebook di akaun personal untuk peniaga online

  1. Kuatkan Personal Branding

Orang akan membeli dari peniaga yang dia sukai. Contohnya apabila kita suka dengan Neelofa, kita akan membeli barangan yang dijual oleh Neelofa. Jadi kita perlu jadikan diri kita peniaga yang disukai. Bukan hanya kerana produk yang kita jual. Be likeable as a person. Not as a product. Pelajari ilmu personal branding untuk tahu lebih mendalam bagaiaman membuat Personal Branding di Facebook dan mengumpul followers. Izinkan warga Facebook mengenali anda sebagai seorang indicidu dan bukan hanya sebagai peniaga yang siang malam menceritakan tentang produk.

personal branding

2. Soft Selling vs Hard Selling

Jangan jadikan Facebook kita sebagai katalog jualan. Orang akan muak dengan posting kita. Berkemungkinan mereka akan unfollow, unfriend atau terus BLOCK. Jadi apa yang perlu dibuat? Banyakkan soft selling. Banyakkan post untuk bersosial. Contohnya anda menjual balm bayi. Letakkan gambar comel wajah anak anda yang sedang tidur nyenyak. Ceritakan tentang hari anda yang mencabar. Dan di akhir cerita, boleh selitkan ayat seperti

“Baby dah nyenyak tidur selepas disapukan balm xxx. Alhamdulillah sejak pakai balm xxx, mudah sangat tidur dan nyenyak pula tu! Mommy pun nak dapatkan beauty sleep. Goodnight everyone”

Lebih berbunyi seperti ingin bersosial berbanding menjual kan?

 

3. Banyakkan Content marketing 

Kongsikan maklumat yang memberi manfaat kepada orang ramai. Jika anda ingin menjual Mary Jardin, kongsikan maklumat seperti “10 bahan yang patut anda elakkan dalam pencuci muka anda”. Maklumat begini bermanfaat kepada orang ramai dan akan meningkatkan organic reach & engagement. Ramai yang akan LIKE, SHARE dan COMMENT. Ia juga akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang peniaga. Tak perlulah sentiasa tayang produk sahaja kan?

content marketing

 

4. Gunakan gambar menarik dan best!

Letak gambar menarik minat dan menggembirakan. Jangan letak gambar menjijikkan seperti najis, jerawat bernanah seperti gunung berapi yang aktif atau gambar kaki busuk kencing manis. Pilihlah wajah manis, orang dalam keadaan gembira. Yang terbaik adalah letakkan gambar anda sendiri sambil wujud produk placement dalam gambar tersebut. Contohnya gambar anda yang sedang bekerja di office, dan di tepi keyboard komputer ada lotion Mary Jardin 🙂 Post berbunyi begini “Letih jari tekan keyboard dari pagi. Time audit hujung tahun selalu macam ni. Lega ada lotion Mary Jardin, boleh juga urut jari jemari ni. Bau pun wangi dan extra effect kulit rasa soft sangat!”

Jangan letakkan gambar testimoni sebelum selepas. Robot FB pasti dapat menangkap yang anda sedang menjual!

 

5. Perbanyakkan Live Video

Live video masih relevant. Dan live video boleh meningkatkan engagement dengan cepat. Pelajari teknik untuk membuat live video yang berkesan!

 

6. Selitkan kehidupan peribadi

Orang lebih sukakan posting anda jika anda selitkan serba sedikit kehidupan peribadi dan kisah harian anda. Mereka terasa lebih dekat dengan anda. Tapi jangan terlalu banyak ye, nanti bosan pula

 

tips pemasaran facebook

 

7. Penuhkan kuota Facebook friend anda dengan prospek.

Untuk berbuat demikian, anda perlu tahu profile pelanggan anda (customer avatar) dan lubuk mana mereka berada. Jika anda arif tentang dua perkara ini, pasti anda boleh add mereka sebagai friend dengan mudah.

7 Tips yang mudah ni, anda betul-betul amalkan insyaAllah anda akan lihat impak & hasilnya nya pada bisnes anda tanpa perlu mengeluarkan KOS marketing untuk produk anda. Zero Cost Marketing. Best kan? 🙂

Nak belajar lebih banyak tentang tips pemasaran bisnes? Follow je Facebook Dr Maryam Aziz dan isikan maklumat anda dibawah untuk dapatkan FREE tips dalam artikel-artikel terkini kami yang lain nanti 🙂

maryam aziz, mary jardin, rahsia jutawan, vision board

Rahsia Vision Board Berkesan Pengasas Mary Jardin Sehingga Berjaya Realisasikan Impian Menjadi Jutawan

By | Tips Bisnes, Uncategorized | No Comments

 

maryam aziz, mary jardin, rahsia jutawan, vision board

Hari ini adalah hari pertama tahun 2018. Anda pastinya mempunyai pelbagai azam yang ingin dicapai pada 2018, sama seperti tahun- tahun sebelum ini. Jika anda seorang usahawan, pastinya anda mempunyai pelbagai impian yang ingin dicapai untuk bisnes anda. Tapi segalanya terasa seperti susah untuk dicapai dan akhirnya akan sekadar menjadi impian.

Kali ini kami ingin kongsikan satu rahsia yang anda wajib tahu untuk mencapai segala impian pada tahun 2018, tidak kira sama ada anda seorang usahawan atau tidak. Rahsia ini pernah dikongsikan oleh Dr Maryam Aziz, Pengasas Jenama Mary Jardin yang terkenal kerana berjaya menjadikan perniagaannya bernilai jutaan ringgit hanya dalam tempoh setahun berniaga.

vision board mary jardin maryam aziz

Dr Maryam Aziz mendedahkan bahawa ketika beliau mula mula berniaga pada tahun 2014, beliau menghadiri satu kelas bisnes untuk pertama kali seumur hidupnya. Di dalam kelas tersebut, beliau diajar untuk menulis impian yang ingin dicapai dan diberitahu bahawa impiannya memang akan tercapai. Pada mulanya Dr Maryam langsung tidak percaya, seolah olah tidak logik dengan hanya dengan menulis impian akan tercapai! Beliau mengabaikan perkara tersebut selama beberapa tahun sehinggalah pada satu ketika berasa betul-betul terdesak untuk merealisasikan segala impian. Dr Maryam cuba juga teknik tersebut dan sungguh terkejut dengan hasilnya! Satu persatu impiannya tercapai.

Teknik ini mudah sahaja tetapi sangat berkesan. Ia dipanggil Vision Board. Tapi bukan semua orang yang membuat Vision Board akan dapat capai impian. Ini disebabkan ada tips rahsia bagaimana untuk membuat Vision Board yang benar-benar berkesan.

Vision Board berkesan kerana ia sebenarnya adalah satu teknik visualisasi (visualization) dan melatih minda untuk percaya. Minda yang percaya akan menggerakkan segala sel dalam tubuh untuk bertindak mengikut kepercayaan ini. Jika konsep ini difahami, sangat mudah sebenarnya untuk membuat satu Vision Board yang berkesan.

Ikuti perkongsian dari Dr Maryam Aziz ini..

Bagaimana Membuat Vision Board Berkesan?

Vision Board bukanlah satu perkara yang boleh dibuat dalam tempoh beberapa minit atau jam sahaja. Anda perlu menyediakan satu masa yang lama untuk benar benar hasilkan satu Vision Board yang sangat bagus dan kena dengan jiwa anda. Memandangkan hari ini adalah  1 Januuari 2018, ini adalah waktu terbaik untuk anda bina Vision Board anda sebagai Visualization Sepanjang tahun 2018.

TIPS 1: Pilih aspek kehidupan yang anda ingin fokus untuk capai dan letakkan dalam Vision Board

Setiap orang mempunyai impian berbeza yang ingin dicapai dalam hidup. Contohnya orang yang kehidupannya sempit kewangan berimpian untuk hidup lebih mewah. Orang yang sibuk dengan kerjaya berimpian untuk lebih banyak bercuti dengan keluarga. Orang yang kaya mungkin ingin lebih banyak masa membuat aktiviti kerohanian.

Jadi senaraikan dulu apa yang ingin anda capai.

TIPS 2: Vision Board sepatutnya fokus kepada emosi dan bukan sekadar perkara fizikal

Ramai orang membuat kesilapan ini. Mereka hanya meletakkan impian fizikal di dalam vision board seperti kereta mewah, rumah besar dsb. Tidak salah untuk meletakkan impian fizikal tapi perlulah disertakan dengan perkara yang memberikan emosi. Contohnya saya meletakkan gambar kedai jenama Chanel. Bukan bermaksud saya ingin membeli barangan Chanel atau membuka outlet chanel tapi kerana setiap kali melihat gambar tersebut, semangat saya berkobar-kobar untuk menjadikan Mary Jardin satu jenama gah seperti Chanel.

Saya letakkan juga nota yang ditulis oleh anak saya mengatakan “I Love Mommy” kerana perkara ini menimbulkan satu emosi ingin berjuang dan berikan segala yang terbaik untuk anak-anak. Nota ini juga akan membangkitkan kembali semangat saya disaat saya sedih, malas, tidak bersemangat atau kecewa.

TIPS 3: Terus membuat Vision Board, jangan bertangguh!

Anda perlukan satu kadbod atau manila kad atau kertas mahjong. Cari gambar yang sesuai dan menggambarkan impian anda. Boleh cari di Google atau Pinterest dan print. Boleh juga gunting dari majalah dan surat khabar. Susun gambar-gambar tersebut di atas manila kad atau kertas mahjong tadi. Jika anda sudah berpuas hati dengan susunannya, bolehlah tampal. Pastikan ianya kelihatan cantik dan sejuk mata memandang. Jangan biarkan ia kelihatan semak kerana anda tidak mahu otak serabut. Tulis besar-besar perkataan VISION BOARD 2018.

TIPS 4: Tambah kata kata semangat di Vision Board

Gunakan kata kata affirmation atau semangat yang bersesuaian dengan impian anda. Contohnya jika kita inginkan perniagaan berjaya, tulislah “Maryam Businesswoman Paling Hebat 2018 dan mepunyai 1 Branch Office Mary Jardin di 13 Negeri dalam Malaysia dengan jualan bulanan RM 1 juta untuk setiap Branch Office”

TIPS 5 : Letak Vision Board di tempat mudah dilihat

Gantung di tempat yang mudah dilihat. Tempat terbaik adalah di bilik tidur kerana kita boleh melihatnya setiap kali bangun dari tidur dan ketika ingin tidur.

vision board berkesan

TIPS 6: Pastikan anda berdoa setiap kali melihat Vision Board selepas solat

Impian akan jadi mudah dicapai jika kita meminta bantuan dari Allah. Berdoalah bersungguh sungguh apabila melihat Vision Board ini. Untuk lebih feel dengan Vision Board anda, tataplah ia setiap kali anda solat Tahajjud. Pasti anda akan menangis kerana begitu emosi dan akan begitu bersemangat setiap hari untuk berusaha mencapainya

TIPS 7: Membaca Vision Board dengan suara lantang kepada diri sendiri setiap pagi dan malam

Teknik ini dipanggil affirmation. Kita berusaha menanam segala impian di dalam minda separa sedar agar segala tindakan kita adalah mengikut impian yang diletakkan. Jika anda percaya anda boleh membuatnya, barulah anda akan mencapainya.

TIPS 8: Membuat Vision Board bersama insan tersayang

Mengejar impian akan jadi lebih seronok jika dibuat bersama insan yang tersayang. Barulah kita boleh berlumba lumba untuk berjaya. Jika kita buat sendiri, mungkin pasangan kita akan memperlekehkan segala impian kita. Keadaan ini berbahaya kerana ia akan membuatkan minda kita percaya bahawa impian itu mustahil untuk direalisasikan. Saya suka ambil masa untuk melakar impian bersama suami. Kemudia saya akan menceritakan segala impian kepada ummi (mak saya) dan minta beliau doakan kejayaan anaknya.

TIPS 9: Berusaha tanpa henti

Membuat Vision Board sahaja tidak cukup untuk mencapai kejayaan. Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha. Berusahalah tanpa jemu dan berdoalah tanpa henti. Anda pasti akan berjaya mencapai segala impian 2018!

Management . Accounting . Training . Media | HildeGroup.com

Makeup Workshop And English Hi Tea

By | Fashion, Uncategorized | One Comment

MAKE UP WORKSHOP AND ENGLISH HI TEA!
.
REGISTRATION Make Up Workshop and English Hi Tea! telah DIBUKA!
.
Dr. maryam aziz officially announce that Mary Jardin HQ will have their first Make Up Workshop and English Hi Tea!
.
#MaryJardinArtisanCosmetic
.
Pelaburan RM150 SAHAJA!!!
.
Terhad 100 TEMPAT DUDUK SAHAJA.
.
Untuk JOIN Terus KLIK LINK di bawah untuk Register!
.
Bit.ly/mjmuaworkshop
.
Untuk tampil lebih BERJAYA anda boleh KLIK LINK INI
www.hildeclub.com
#maryjardin
#maryjardinagent
#hildeclub
#tipsbisnes
#motivation
#MJAC