was successfully added to your cart.

KENAPA WAJIB CIPTA JENAMA SENDIRI WALAUPUN BISNES BIASA-BIASA ATAU SEKADAR JADI AGENT SAHAJA?

KENAPA WAJIB CIPTA JENAMA SENDIRI WALAUPUN BISNES BIASA-BIASA ATAU SEKADAR JADI AGENT SAHAJA?

JENAMA SENDIRI HILDE GROUP

Ramai orang nak buat bisnes biasa- biasa. Ramai juga sekadar nak jadi agent. Tak ada masalah untuk buat bisnes biasa- biasa atau sekadar menjadi agent sebab anda tetap boleh menjadi jutawan.Tapi SILAP BESAR bila anda tidak mencipta jenama diri atau bisnes anda sendiri. Cuba lihat kenapa anda WAJIB bina jenama anda sendiri jika anda mempunyai bisnes!

15 SEBAB ANDA WAJIB BINA JENAMA ANDA SENDIRI

JENAMA SENDIRI HILDE GROUP

1. JENAMA MENINGKATKAN KEYAKINAN PEMBELI

Dengan adanya jenama sendiri ini akan meningkatkan lagi keyakinan pembeli untuk membeli barangan anda kerana sudah diperakui oleh orang mengenai produk anda dan anda bakal dikenali dengan jenama anda sendiri. Cuba bayangkan jika anda seorang pembeli dan ingin membeli barangan yang tidak mempunyai jenama? adakah anda sendiri akan membeli? pasti anda akan meragui untuk membeli? betul kan? begitulah yang akan terjadi kepada pelanggan anda.

2. JENAMA MENJADIKAN PEMBELI SETIA

Dengan adanya jenama, pembeli juga akan setia kepada produk anda. Ini kerana pembeli yang pernah membeli dengan anda pasti akan menyebut nama anda untuk mencari dan membeli barangan anda. Cuba bayangkan jika anda tidak mempunyai jenama anda sendiri pasti susah pelanggan anda ingin mencari produk anda? betul kan?

3. JENAMA MEMBINA REPUTASI BISNES

Dengan adanya jenama juga dapat membina reputasi bisnes. Ini bermakna dengan adanya jenama akan menunjukkan perkembangan perniagaan anda semakin berkembang. Cuba anda bayangkan jika perniagaan anda masih di takah yang sama dan tiada perkembangan? adakah pembeli anda masih setia membeli atau sudah beralih arah ke arah perniagaan yang mereka rasa semakin maju dan stabil?

4. JENAMA MENAMBAHKAN KREDIBILITI BISNES

Jenama akan menambahkan kredibiliti perniagaan anda. Ini akan menjadikan perniagaan anda menjadi lebih kukuh dan stabil. Perniagaan anda akan mempunyai kredibiti tersendiri.

5. JENAMA MEMUDAHKAN KITA DI INGAT

Dengan adanya jenama, ia akan memudahkan perniagaan anda diingati. Sebagai contoh, produk anda berkesan untuk merawat masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda. Dengan itu, jenama anda akan di ingat dan senang diingat oleh pelanggan anda.

6. JENAMA MEMPERCEPATKAN PROSES REFERRAL

Jenama akan mempercepatkan proses referral untuk produk anda. Cuba bayangkan jika anda mempunyai jenama anda sendiri dan pembeli akan mempercepatkan proses referral produk anda.

7. JENAMA MENGGALAKKAN WORDS-OF-MOUTH

Dengan adanya jenama akan menggalakkan perkenalan kepada produk anda. Ia akan bertambah lagi produk anda untuk dikenali ramai.

8. JENAMA MENJADIKAN ANDA UNIK DAN BERBEZA DARI PESAING

Dengan adanya jenama akan menjadikan anda unik dan berbeza daripada pesaing anda. Cuba anda bayangkan jika anda mempunyai jenama tersendiri dan jenama anda sedang menaik dengan jayanya. Selain itu, anda sudah mempunyai misi dan visi anda sendiri akan membuatkan anda menjadi lebih stabil dan perbezaan perniagaan anda akan dikenal pasti dan menjadikan anda berbeza dan sangat unik.

9. JENAMA MEMBUKTIKAN KOMITMEN

Dengan adanya jenama juga membuktikan komitmen anda terhadap perniagaan anda. Setelah anda mempunyai jenama anda sendiri, anda akan lebih bersemangat dalam diri anda untuk bangunkan lagi perniagaan anda dan kembangkan lagi perniagaan anda. Cuba anda bayangkan daripada kecil kecilan kini perniagaan anda telah mempunyai jenama tersendiri. Anda akan bekerja keras untuk perniagaan anda. Jenama anda sendiri membuktikan kesungguhan perniagaan anda.

10. JENAMA MELAMBANGKAN KESTABILAN BISNES

Dengan adanya jenama melambangkan kestabilan perniagaan anda. Seperti yang anda sedia maklum, perniagaan yang mempunyai jenama melambangkan perniagaan anda semakin stabil.

11. JENAMA MENJADIKAN PELANGGAN BANGGA DENGAN PRODUK ANDA.

Dengan adanya jenama juga akan menjadikan pelanggan bangga dengan produk anda. Pembeli akan berasa dihargai apabila produk anda mempunyai jenama dan lebih dipercayai. Ia akan menjadikan pembeli mahupun dropship anda berasa dihargai dan akan menjadi bangga apabila produk anda sudah berkembang dan dikenali ramai.

12. JENAMA MEMBERIKAN IDENTITI KEPADA BISNES

Dengan adanya jenama dapat memberikan identiti kepada perniagaan anda

13. JENAMA MEMBUATKAN BISNES KELIHATAN PROFESSIONAL

Dengan adanya jenama akan membuatkan bisnes kelihatan lebih professional. Perniagaan anda akan ke arah professional dan berkembang dengan lebih maju. Perkembangan perniagaan anda menjadikan anda bakal melangkah ke arah seterusnya.

14. JENAMA AKAN BERKEMBANG LEBIH BESAR DAN HEBAT DARI DIRI ANDA

Dengan adanya jenama akan berkembang lebih besar dan hebat dari diri anda apabila perniagaan anda sudah berkembang maju dengan jayanya.

15. JENAMA MEMBUATKAN ANDA BANGGA DENGAN BISNES ANDA

Dengan adanya jenama anda sendiri yang sedang berkembang naik akan membuatkan anda bangga dengan perniagaan anda.

Dapatkan pelbagai lagi tip perniagaan di www.hildegroup.com

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply