was successfully added to your cart.

MENGURUSKAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Sekarang dah pengakhir bulan Januari. Hilde Group rasa mesti ramai yang mula stress untuk buat pembayaran cukai pendapatan 2017. Biasanya tarikh akhir untuk submit borang cukai adalah pada 30 April setiap tahun.

cukai pendapatan | hilde group.comRamai orang yang gembira je sebab tak pernah dibebankan dengan urusan Cukai Pendapatan Individual. Sebenarnya kan. Ramai yang tak bayar cukai sebab TAK TAHU MEREKA WAJIB BAYAR CUKAI! Haaa anda memang tak selamat sebenarnya sebab anda BERHUTANG DENGAN KERAJAAN!

Memang takut tau kalau tak bayar cukai pendapatan individual ni. Antara impak besar adalah kita tak boleh melancong ke luar negara! Memang tak lepas nak lalu kat imigresen.

Masih pening dan samar- samar? Jom teruskan baca untuk tahu cara mudah menguruskan cukai pendapatan individual individu anda.

cukai pendapatan | hilde group.com

BELAJAR CARA MUDAH MENGURUSKAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU.

Mudah sangat untuk kira berapa cukai pendapatan individu yang perlu anda bayar setiap tahun

Ada 4 ELEMEN PENTING yang anda perlu tahu:

  1. JUMLAH PENDAPATAN (A)

Jumlah pendapatan anda sepanjang tahun dari 1 jan sehingga 31 Disember. Bukan setakat gaji sahaja tau tapi termasuklah bonus dan komisyen. Kalau ada bonus raya, bonus hujung tahun, semua tu kena kira sekali tau.

  1. JUMLAH PELEPASAN (B)

Pelepasan ni maksudnya rebat cukai. Sebenarnya ini part yang ramai orang tak tahu!

Bukan semua pendapatan kita perlu di cukaikan. Ada pendapatan kita yang tak perlu di cukaikan. Maksudnya kita diberi pelepasan! Benda ni sangat penting sebab Maryam pernah tak perlu bayar cukai sebaliknya mendapat pulangan wang dari LHDN disebabkan jumlah pelepasan tinggi! Nak tahu macam mana nak dapatkan pelepasan ni? Ok baca di bawah nanti k

  1. JUMLAH PENDAPATAN BERCUKAI (C)

Maksudnya A- B = C

Contohnya pendapatan tahunan RM50,000 (A). Jumlah pelepasan RM20,000 (B). Maka kita hanya akan dicukai sebanyak RM 30,000 (C)

50,000-20,000 = 30,000

  1. PENGIRAAN CUKAI

Pengiraan cukai (berapa % dari pendapatan yang perlu dibayar adalah mengikut jadual kadar yang disediakan oleh LHDN. Contohnya jika PENDAPATAN BERCUKAI (C) = RM 20,000, anda perlu membayar 1% sahaja. Jumlah cukai anda untuk setahun adalah 1% x RM20,000 = RM200 SAHAJA!

Jadual ini ada di dalam gambar dibawah.

cukai pendapatan | hilde group.com

Semoga info ini dapat membantu anda semua mengenai cukai pendapatan individu anda. Selamat menjalankan tanggungjawab anda.

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply