was successfully added to your cart.

CIRI CUSTOMER SERVICE YANG TERBAIK

CIRI CUSTOMER SERVICE YANG TERBAIK

Di dalam sebuah perniagaan mestilah memerlukan customer service yang terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah daripada para pelanggan. Customer service biasanya melalui dua perkara iaitu di dalam talian dan juga di luar talian. Untuk menjadi customer service anda haruslah mengetahui beberapa perkara di bawah. Ini merupakan tips untuk membantu anda melayani pelanggan anda.

  1. DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK

Perkara ini merupakan perkara yang sangat penting untuk menjadi customer service yang terbaik. Customer service haruslah menjaga setiap pertuturan dan bahasa adalah sopan, jelas agar pelanggan anda berasa selesa dan mudah memahami apa yang disampaikan. Customer service yang terbaik haruslah daripada kalangan yang penyabar kerana customer service memerlukan kesabaran yang sangat hebat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

  1. MEMAHAMI PRODUK YANG DIJUAL

Memahami produk yang dijual adalah sangat penting untuk menyakikan para pelanggan anda. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pelanggan mengenai produk anda mencari customer service untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

  1. MAKLUM BALAS YANG CEPAT

Sebagai customer service juga haruslah melayan pelanggan dan memberi tindak balas untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan pantas. Para pelanggan pasti ingin customer service yang cepat untuk berhubung dengan mereka selain dari menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Jika kita memberi tindak balas yang lambat ini akan memberi tanggapan negatif daripada pelanggan anda dan juga impak negatif kepada perniagaan anda.

  1. MEYAKINKAN PELANGGAN

Menyakinkan pelanggan merupakan salah satu hal yang sangat penting yang harus dikuasai oleh oleh seorang customer service. Cara menyakinkan pelanggan haruslah dikuasa dengan kenyataan yang betul dan dapat menarik minat pelanggan untuk membeli. Jangan sesekali menipu di dalam menjalankan perniagaan. Ini kerana loyal customer adalah sangat penting daripada mencari pelanggan baru.

  1. JUJUR DALAM SEMUA PERKARA

Sebagai Customer service juga kita haruslah bersikap jujur dan dilakukan secara konsisten. Jangan sekali anda bersikap tidak jujur kepada pelanggan anda untuk mengelak hilangnya kepercayaan daripada pelanggan anda. Kepentingan dalam sesebuah perniagaan adalah kepercayaan. Kepercayaan yang membuatkan pelanggan rajin untuk terus membeli produk kita. Itulah customer service yang terbaik.

Customer Service melambangkan kejayaan  sesebuah syarikat. Sesebuah syarikat yang berjaya dapat membawa customer service yang terunggul dan kebanyakan pelanggan merasa gembira ketika mendapat layanan daripada customer service berkenaan.

APA ITU COWORKING SPACE? | HILDE GROUP

Coworking Space untuk disewa boleh klik ( link ini )

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply