was successfully added to your cart.

Tips Memilih Dewan Perkahwinan

Tips Memilih Dewan Perkahwinan|HildeGroup.comTelah menjadi kebiasaan dan trend terkini majlis perkahwinan diadakan di dewan tidak kira di kampung halaman mahupun di kawasan bandar. Antara faktor utama pengantin memilih untuk mengadakan majlis di dewan berbanding rumah adalah disebabkan kawasan yang terhad di rumah dan keselesaan tetamu yang bakal hadir pada hari berkenaan. Ada yang ingin melakukan majlis di dewan perkahwinan kerana kasihankan keluarga masing-masing untuk mengemas rumah. Jadi sewa di dewan adalah jalan yang terbaik.

Selain itu, ada yang berpendapat mengadakan majlis di dewan lebih menjimatkan dan mudah diurus. Pengantin dapat menjimatkan kos menyewa kanopi dan dapat menjalankan majlis walaupun dalam keadaan cuaca hujan serta pemilihan tempat yang strategik dan mudah dicari adalah yang terbaik di dewan perkahwinan.

Tetapi bagaimana memilih dewan yang tepat? Ini yang sering terjadi bila anda tidak berhati-hati dalam pemilihan dewan. Ianya akan menjadi mimpi buruk sekiranya anda tersalah pilih dewan perkahwinan kerana perkahwinan sekali seumur hidup anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum menempah dewan perkahwinan anda.

  1. Availability Dewan

Pastikan anda tentukan tarikh majlis anda terlebih dahulu dan kemudian hubungi individu yang menguruskan tempahan dewan. Pastikan dewan tersebut mempunyai kekosongan tempahan pada tarikh yang anda pilih. Pilihan tarikh anda haruslah dibuat awal sebelum tibanya majlis anda. Tambahan pada waktu cuti sekolah kerana kebanyakkan pegantin berkejaran melakukan majlis mereka di hari cuti sekolah kerana hari berkenaan paling sesuai untuk melakukan majlis kenduri dan menempah dewan perkahwinan awal.

  1. Saiz Dan Lokasi Dewan

Dewan yang dekat dengan rumah akan lebih memudahkan anda melakukan urusan persiapan majlis anda. Apabila tiba hari majlis, urusan anda dengan vendor yang akan melakukan kerja-kerja persiapan majlis mudah dipantau tanpa perlu berulang-alik dengan jarak yang jauh. Juga pastikan saiz dewan bersesuaian dengan jumlah tetamu yang dijemput. Takut nanti jadi seperti tin sardin pula. Dewan yang mudah diakses dan tidak terlalu terpencil juga penting agar ianya mudah ditemui. Seperti dewan Hilde group berada di dalam Star Avenue Lifestyle Mall dan berhampiran dengan lapangan terbang subang dan amatlah senang untuk dijumpai.

  1. Kondisi Dan Kemudahan Asas Dewan

Pastikan dewan perkahwinan anda dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, penghawa dingin atau kipas dan bilik persalinan. Kebanyakan dewan menyediakan kemudahan asas ini. Jika mereka menyediakan kemudahan ini, pastikan anda membuat pemeriksaan terhadap kondisi kemudahan ini. Pastikan kipas dan tandas berfungsi dengan baik. Ini membolehkan para tetamu yang hadir ke majlis anda tidak merungut panas dan berasa sangat selesa di majlis anda.

Tandas yang selesa, bersih dan tidak rosak adalah penting untuk kemudahan anda dan tetamu yang ingin melepaskan hajat

  1. Tempat Letak Kereta (Parking)

Untuk memastikan keselesaan tetamu anda, pastikan dewan yang anda tempah mempunyai tempat letak kereta yang luas. Ianya sangat penting bagi memastikan tetamu anda tidak berjalan jauh untuk mencari tempat letak kereta. Paling baik adalah apabila kawasan parking sangat luas dan tidak dikenakan sebarang caj parking.

  1. Dinding Serap Bunyi

Sekiranya anda menempah penyedia karaoke atau PA System, pastikan dinding dewan yang dipilih mempunyai ‘sound proof board’ atau penyerap bunyi. Ini penting untuk memastikan majlis anda tidak hingar-bingar. Selain itu, keadaan yang terkawal penting bagi memudahkan majlis anda berjalan dengan lancer.

6. Menepati Bajet

Akhir sekali, pastikan harga sewaan dewan menepati bajet anda. Tidak rugi bayar lebih jika kriteria di atas dapat di penuhi. Kebiasaannya, penyelia dewan akan meminta anda membayar deposit sewaan dan deposit kebersihan. Kebersihan dewan adalah tanggungjawab anda. Jika anda meninggalkan dewan dengan keadaan yang kotor, deposit kebersihan tidak akan dipulangkan. Ini kerana dewan yang disediakan adalah bersih dan kemas.

Tips Memilih Dewan Perkahwinan|HildeGroup.com Tips Memilih Dewan Perkahwinan|HildeGroup.com

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply