was successfully added to your cart.

ELAKKAN DIDENDA DENGAN FILE RESIT YANG TERBAIK DAN MUDAH!

ELAKKAN DIDENDA DENGAN FAIL RESIT YANG TERBAIK DAN MUDAH!

Pasti ramai yang sudah menerima surat cinta dari LHDN kan? Kebanyakkan yang minta adalah kemukakan resit pelepasan cukai taksiran yang sudah bertahun lamanya? Masih ada ke dalam simpanan? Ke dah hilang? Alamak!!! Takutnya nak kena denda!

Begitulah pentingnya system fail untuk elak perkara di atas berlaku, sebabnya, kalau anda TAK FAIL RESIT untuk item yang disenaraikan, anda TIDAK LAYAK MEMOHON PELEPASAN CUKAI! Nak tahu kenapa? Sebab bila LHDN hubungi anda untuk semak kembali e-filing, anda perlu menghantar segala resit. Tapi jika anda sudah tak simpan resit tersebut, pelepasan cukai anda akan terbatal.

Tahu tak anda lama anda perlu menyimpan resit? 7 tahun tempoh penyimpanan resit anda.

JUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH!

Anda cuma perlukan 2 perkara ini;

  1. Gam UHU stickJUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH | hildegroup2. Buku Latihan (boleh gunakan buku latihan sekolah anak yang dah nak dibuang).

JUM LIHAT CARA NAK FAIL RESIT DENGAN MUDAH | hildegroupCARANYA ADALAH:

  1. Sediakan 3 buku latihan.
  2. Setiap buku bahagikan kepada 5 bahagian dan tag kan menggunakan penanda warna warni (lihat gambar)
  3. Maksudnya anda akan ada total 3 buku x 5 bahagian setiap buku = 15 bahagian. Anda sebenarnya perlukan paling banyak pun 14 bahagian sahaja
  4. Jika ada pelepasan yang memang tidak berkait dengan anda contohnya anak-anak (kerana anda belum mempunyai anak) atau tidak ada yang berstatus kurang upaya, anda boleh mengurangkan lagi bahagian ini.

Maksudnya anda mungkin memerlukan 1 buku sahaja = 5 bahagian

  1. ADA BEBERAPA PELEPASAN YANG TIDAK MEMERLUKAN RESIT:

#1- pelepasan diri sendiri RM9000 (semua orang dapat secara automatik)

#4- individu kurang upaya RM6000

#13- Suami/ isteri/ bayaran alimoni bekas isteri

#14- suami/ isteri kurang upaya

#15- anak bawah umur 18 tahun

#16- Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa

#17- Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dans edang belajar

#18- Anak Kurang upaya

(walaupun tidak memerlukan resit, ada yang memerlukan dokumen pengesahan seperti surat OKU atau dokumen pelajar)

  1. baiklah sekarang ni, anda labelkan setiap bahagian buku dengan pelepasan yang anda inginkan. (rujuk contoh gambar)

Contoh

BUKU 1:

Bahagian 1= RAWATAN IBU BAPA

Bahagian 2: GAYA HIDUP

Bahagian 3: PERALATAN PENYUSUAN

Bahagian 4: YURAN TASKA ANAK2

Bahagian 5: INSURAN NYAWA

SELESAI! Letakkan buku ini di tempat yang mudah dicapai. Anda akan menggunakan buku ini untuk fail resit anda  SEPANJANG TAHUN!

Selepas merekod amda haruslah buat 3 tips ini :

TIPS 1:

Setiap kali anda membuat pembelian, terus rekodkan dalam diari dan LEKATKAN RESIT DALAM BUKU LATIHAN YANG SUDAH ANDA LABELKAN TADI! Pastikan guna UHU stick sebab resit mungkin koyak jika anda gunakan gam basah.

TIPS 2:

Lagi satu yang perlu anda ingat, anda perlu photostat muka surat yang telah ditampal resit. Sebabnya, sesetengah resit akan hilang tulisannya bila sudah lama. Selalunya resit yang menggunakan kertas licin akan mudah hilang tulisan.

TIPS 3.

Anda juga disarankan untuk tangkap gambar resit (bukan selfie diri sendiri ye) dan simpan dalam bentuk softcopy di laptop. Failkan resit mengikut tahun dan bahagian. Mudah nak cari balik nanti kan 🙂 Ingat, kena simpan 7 tahun ye!

Mudah bukan untuk failkan resit anda! anda haruslah consisten melakukannya agar ada resit yang tidak tercicir. Dan tidak perlu mengeluarkan sebarang duit untuk melakukan ini. Semua ini secara PERCUMA dan sedia ada di rumah anda.

Untuk dapatkan pelbagai jenis maklumat anda boleh terus follow kami di facebook hilde group! terdapat pelbagai jenis tips perniagaan yang boleh membantu anda dalam perniagaan anda.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply