was successfully added to your cart.

PELEPASAN CUKAI YANG ANDA WAJIB TAHU

PELEPASAN CUKAI YANG ANDA PERLU TAHU

pelepasan cukai

Haaa inilah part paling best. Untuk dapat tahu berapa  jumlah pelepasan yang kita layak dapat. Sebenarnya pelepasan cukai ini disediakan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan cukai kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Cuba tengok senarai pelepasan di bawah:

  1. INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Anda boleh mendapat pengecualian RM9000 untuk diri sendiri

  1. PERBELANJAAN IBU BAPA:

Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan). Anda layak dapat sehingga RM5000. Jadi jangan kedekut ye nak berbelanja untuk kesihatan ibu bapa InsyaAllah hidup lebih berkat dan cukai anda juga menjadi sedikit!

  1. PERALATAN SOKONGAN ASAS

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya). Boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6000

  1. INDIVIDU KURANG UPAYA

Boleh dapat pelepasan sehingga RM6000

  1. YURAN PENDIDIKAN (Sendiri) :

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

Pelepasan sehingga RM7000

  1. PERBELANJAAN PERUBATAN PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI

Pelepasan sehingga RM6000 untuk perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)

  1. PEMRIKSAAN PERUBATAN PENUH (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)

Haa ni kalau anda ada buat medical checkup, boleh dapat pelepasan sehingga RM500

  1. GAYA HIDUP

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

Ramai orang tak tahu kalau beli handphone, bil internet, laptop semua ni boleh kurangkan cukai anda!!! Rugi kan kalau beli handphone tapi tak inform kepada LHDN. Tambah lagi kalau beli iphone kan. Pelepasan RM2500 tau

  1. PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

Ibu yang beli breastpump ke atau peralatan penyusuan lain, pastikan simpan resit k. Boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM1000!

  1. YURAN PUSAT ASUHAN ANAK/ PRASEKOLAH

Siapa pernah terfikir yuran pusat asuhan anak pun boleh selamatkan anda dari cukai!!! Pelepasan sehingga RM1000 tau

  1. Tabungan bersih dalam skim SSPN

Cuba kira Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017. Untuk jumlah itu, anda boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6,000

  1. FAEDAH PEMBELIAN RUMAH (RM10,000)
  2. SUAMI/ ISTERI/ BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI (RM4000)
  3. SUAMI/ ISTERI KURANG UPAYA (RM3500)
  4. ANAK BAWAH 18 TAHUN (RM2000)
  5. ANAK ATAS 18 TAHUN, BELUM BERKAHWIN, BELAJAR SEPENUH MASA (RM2000)
  6. ANAK BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS,

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

  1. ANAK KURANG UPAYA (RM6000)
  2. INSURAN NYAWA & KWSP (RM6000)
  3. INSURANS PENDIDIKAN & PERUBATAN (RM3000)
  4. PERKESO (RM250)
  5. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

Adakah anda tahu menguruskan cukai pendapatan individu anda? terdapat 4 element untuk pengiraan. Semua maklumat terdapat di Hilde Group.

pelepasan cukai

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply