was successfully added to your cart.

CARA PENGURUSAN KEWANGAN WALAUPUN GAJI KECIL

CARA PENGURUSAN KEWANGAN WALAUPUN GAJI KECIL

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

Zaman sekarang tidak ramai yang pandai menguruskan kewangan dengan baik. Cuba anda bayangkan, jika rakan anda yang mempunyai gaji tinggi turut menghadapi masalah kewangan apatah lagi rakan anda yang mempunyai gaji kecil. Sebenarnya pengurusan kewangan yang menjadi tunggak utama dalam urusan kewangan anda yang betul dan teratur. Jika anda bergaji tinggi tapi tidak mahir pengurusan kewangan akan menghadapi masalah yang sama. Kebanyakan yang menghadapi masalah urusan kewangan kerana banyak perbelanjaan daripada menyimpan.

Anda haruslah bijak berbelanja supaya kewangan anda lebih stabil. Jika ada lebihan daripada simpanan dan perbelanjaan anda ia boleh dipanggil reward untuk membeli barangan kehendak anda.

Hilde Group berbesar hati kongsikan cara pengurusan kewangan walaupun anda hanya bergaji kecil.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. CIPTA MATLAMAT KEWANGAN

Dalam kehidupan seharian seharusnya mempunyai matlamat dalam hidup. Pastikan anda cari satu matlamat untuk membolehkan anda mencipta matlamat anda, sebagai contoh, simpanan untuk membeli rumah atau sebagainya.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. DAHULUKAN MENYIMPAN SEBELUM MEMBELI

Tanam undang-undang baru di dalam kehidupan anda. Dahulukan menyimpan wang anda sebelum membeli. Pastikan menyimpan menjadi keutamaan di dalam kehidupan, selebihnya anda boleh gunakan untuk berbelanja.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. UTAMAKAN KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK

Untuk mengelak anda berbelanja lebih pastikan anda dapat membezakan keperluan dan juga kehendak anda. Pastikan anda utamakan keperluan anda daripada kehendak. Jadikan kehendak anda adalah satu “reward” kepada diri anda jika anda mempunyai duit lebih kelak. Yang paling penting pastikan keperluan anda diutamakan.

cara uruskan duit walaupun gaji kecil| hilde group

  1. BERI KESEDARAN KEBAIKAN MENYIMPAN

Kebanyakan kita tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyimpan. Penyimpanan bukan hanya perlu dilakukan untuk jangka masa panjang malahan dapat digunakan waktu kecemasan.

Hilde Group berharap dapat membantu anda serba sedikit dalam pengurusan kewangan anda. Tip di atas amatlah mudah dan senang untuk diikuti. Terdapat pelbagai lagi info mengenai pengurusan di www.hildegroup.com. 

 

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply