was successfully added to your cart.

SEDIH GAJI KECIL KENA POTONG LAGI ???

SEDIH GAJI KECIL KENA POTONG LAGI???

Ramai yang berasa risau dan sedih gaji kecil mereka bakal dipotong. Sebenarnya potongan tidaklah terlalu banyak. bawah daripada Rm10.00 sahaja. dan Tidak membebankan dan tidak perlu sedih gaji anda bakal dipotong sedikit untuk manfaat jangka masa panjang..

Jangan RISAU!! Ada banyak faedah atas potongan 0.2% atas gaji bulanan kita dengan Sistem Insuran Pekerja (SIP). Mari kita berkenalan sedikit dengan SIP.

APA ITU SIP?

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan segera selepas 7 hari pengesahan kehilangan pekerjaan dan mencari pekerjaan baru. SIp juga membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerja termasuk bantuan mobiliti.

FAEDAH SIP

Terdapat 6 Faedah Sistem Insuran Pekerjaan ini iaitu:

Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya

Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

Menyediakan elaun pendapatan berkurang bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.

Elaun Latihan (EL)

Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan

Fi/Yuran Latihan (FL)

Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar

KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN

Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:

Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;

Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;

Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;

Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;

Persaraan orang berinsurans ; atau

Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.

Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.

KADAR CARUMAN

Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, perkhidmatan domestik dan yang bekerja sendiri)

TAKRIF LIPUTAN

Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, perkhidmatan domestik dan yang bekerja sendiri)

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

Begitulah serba sedikit mengenai Sistem Insuran Pekerjaan. Jadi janganlah sedih gaji anda bakal dipotong untuk manfaat anda pada masa akan datang. Semoga info ini membantu anda.

 

 

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply