was successfully added to your cart.

Kenapa ‘Me Time’ Penting Untuk Usahawan Berjaya Di Malaysia

Kenapa ‘Me Time’ Penting Untuk Usahawan Berjaya Di Malaysia

Usahawan Berjaya Di Malaysia | Hilde Group

Apabila seseorang itu merasakan dalam tempoh masa 24 jam yang dia ada masih belum cukup, itu tandanya dia tidak mampu untuk kawal kehidupannya dan gagal menjadi seorang usahawan berjaya di Malaysia ini. Sekiranya keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan seseorang itu kemurungan dan seterusnya mengabaikan masa untuk diri sendiri ataupun ‘me time’. Jadi di sini admin nak kongsikan bagaimana anda boleh mula dan pastikan anda berjaya kawal masa dan dapat ‘me time’ anda?

  1. MENCARI AKTIVITI DAN FORMULA MASA YANG SESUAI

Bila anda satu waktu atau ‘me time’, anda boleh fokus pada aktiviti yang anda rasakan dapat meningkatkan kestabilan emosi dan dapat memberikan semangat kepada anda. Contohnya anda boleh lakukan sesuatu yang mudah seperti bernafas secara tenang sambil pejam mata dan kemudian tulis apa impian yang ingin anda capai ataupun anda boleh hadiahkan diri anda dengan sesuatu yang anda gemar seperti makanan kegemaran yang senang diperoleh dan menjadi usahawan berjaya di malaysia.

Anda akan menemui masa dan aktiviti yang sesuai untuk anda bila formula ini membuat anda berasa lebih tenang. Selain itu, anda juga akan menjadi lebih positif bila berhadapan dengan cabaran.

  1. AMALKAN SETIAP HARI SUPAYA ANDA AKAN TERBIASA

Sesuatu yang baru memang susah untuk kita amalkan. Tambahan lagi, anda tentu akan risau dengan senarai tugas anda yang berjela panjang dan terpaksa di tinggalkan sebentar. Anda boleh set dalam alarm telefon anda dan kawal diri anda untuk aktiviti ‘me time’ anda. Sebaik sahaja tiba masanya, anda perlu pejamkan mata dan bernafas dengan tenang dan rehat sepuasnya agar anda dapat selaraskan antara kerja dan personal untuk menjadikan anda usahawan berjaya di malaysia.

  1. SATU HARI SATU ‘ME TIME’

Pakar kesihatan mengesyorkan anda untuk mengadakan satu masa yang khusus untuk anda setiap hari. Tempoh masa itu tidak perlu terlalu lama. Boleh hadkan untuk satu jam sahaja. Sekiranya anda seorang yang terlalu sibuk, 15 minit sehari pun sudah berkesan untuk anda. Contoh waktu yang baik adalah selepas solat, waktu awal pagi, ketika mandi ataupun sebelum tidur.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua. Kita kena ingat untuk ‘me time’ ini adalah senjata yang baik untuk kita mengasah dan menjaga kesihatan mental dan ketenangan kita supaya kita dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply