was successfully added to your cart.

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS PEMASARAN PERSONAL FACEBOOK UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

DR MARYAM AZIZ KONGSIKAN SURVIVAL TIPS FACEBOOK MARKETING UNTUK PENIAGA ONLINE BILA MARK ZUCKERBERG KATA FACEBOOK UNTUK BERSOSIAL SAHAJA

maryam aziz mary jardinFrom the desk of Dr Maryam Aziz

Panggg!!! Terkejut bagai ditampar bila membaca pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam. Siapa dah baca?

Sebagai seorang yang mula berniaga dengan Facebook Personal Account (bukan Facebook Page mahupun FbAds) dan sebagai seorang business trainer yang mengajar para usahawan cara untuk membuat pemasaran percuma di Facebook Personal, pengumuman semalam sedikit sebanyak mencuri perhatian dan ketenangan hati Maryam.

Yang belum baca boleh baca di bawah:

tips pemasaran facebookBeriklan di Facebook Personal adalah cara mudah dan percuma untuk beriklan. Tapi cuba bayangkan anda sebagai pengguna Facebook yang tidak berniaga. Anda log masuk Facebook untuk bersosial dan mengetahui perkembangan saudara mara dan rakan, tetapi lambakan iklan buatkan anda rasa menyampah dan bosan menggunakan Facebook. Lama kelamaan anda tidak mahu lagi menggunakan Facebook kerana Facebook bukan lagi tempat bersosial tetapi menjadi online shopping mall!

Situasi ini yang cuba dibendung oleh Facebook melalui pengumuman Mark Zuckerberg pagi semalam (12/1/2018). Saya sendiri pernah satu masa jelek menggunakan Facebook ketika dipenuhi dengan iklan dengan gambar radikal. Contohnya jamu untuk peranakan wanita menggunakan gambar keputihan yang sangat menjelekkan, ubat sembelit menggunakan gambar najis dan jamu perapat menggunakan copywriting yang sangat lucah.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa impak perubahan yang bakal dilakukan oleh Facebook kepada bisnes kecil kecilan. Cuma kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana kita masih boleh gunakan facebook untuk membuat marketing bisnes kecil kecilan

7 Survival Tips Pemasaran Facebook di akaun personal untuk peniaga online

  1. Kuatkan Personal Branding

Orang akan membeli dari peniaga yang dia sukai. Contohnya apabila kita suka dengan Neelofa, kita akan membeli barangan yang dijual oleh Neelofa. Jadi kita perlu jadikan diri kita peniaga yang disukai. Bukan hanya kerana produk yang kita jual. Be likeable as a person. Not as a product. Pelajari ilmu personal branding untuk tahu lebih mendalam bagaiaman membuat Personal Branding di Facebook dan mengumpul followers. Izinkan warga Facebook mengenali anda sebagai seorang indicidu dan bukan hanya sebagai peniaga yang siang malam menceritakan tentang produk.

personal branding

2. Soft Selling vs Hard Selling

Jangan jadikan Facebook kita sebagai katalog jualan. Orang akan muak dengan posting kita. Berkemungkinan mereka akan unfollow, unfriend atau terus BLOCK. Jadi apa yang perlu dibuat? Banyakkan soft selling. Banyakkan post untuk bersosial. Contohnya anda menjual balm bayi. Letakkan gambar comel wajah anak anda yang sedang tidur nyenyak. Ceritakan tentang hari anda yang mencabar. Dan di akhir cerita, boleh selitkan ayat seperti

“Baby dah nyenyak tidur selepas disapukan balm xxx. Alhamdulillah sejak pakai balm xxx, mudah sangat tidur dan nyenyak pula tu! Mommy pun nak dapatkan beauty sleep. Goodnight everyone”

Lebih berbunyi seperti ingin bersosial berbanding menjual kan?

 

3. Banyakkan Content marketing 

Kongsikan maklumat yang memberi manfaat kepada orang ramai. Jika anda ingin menjual Mary Jardin, kongsikan maklumat seperti “10 bahan yang patut anda elakkan dalam pencuci muka anda”. Maklumat begini bermanfaat kepada orang ramai dan akan meningkatkan organic reach & engagement. Ramai yang akan LIKE, SHARE dan COMMENT. Ia juga akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang peniaga. Tak perlulah sentiasa tayang produk sahaja kan?

content marketing

 

4. Gunakan gambar menarik dan best!

Letak gambar menarik minat dan menggembirakan. Jangan letak gambar menjijikkan seperti najis, jerawat bernanah seperti gunung berapi yang aktif atau gambar kaki busuk kencing manis. Pilihlah wajah manis, orang dalam keadaan gembira. Yang terbaik adalah letakkan gambar anda sendiri sambil wujud produk placement dalam gambar tersebut. Contohnya gambar anda yang sedang bekerja di office, dan di tepi keyboard komputer ada lotion Mary Jardin 🙂 Post berbunyi begini “Letih jari tekan keyboard dari pagi. Time audit hujung tahun selalu macam ni. Lega ada lotion Mary Jardin, boleh juga urut jari jemari ni. Bau pun wangi dan extra effect kulit rasa soft sangat!”

Jangan letakkan gambar testimoni sebelum selepas. Robot FB pasti dapat menangkap yang anda sedang menjual!

 

5. Perbanyakkan Live Video

Live video masih relevant. Dan live video boleh meningkatkan engagement dengan cepat. Pelajari teknik untuk membuat live video yang berkesan!

 

6. Selitkan kehidupan peribadi

Orang lebih sukakan posting anda jika anda selitkan serba sedikit kehidupan peribadi dan kisah harian anda. Mereka terasa lebih dekat dengan anda. Tapi jangan terlalu banyak ye, nanti bosan pula

 

tips pemasaran facebook

 

7. Penuhkan kuota Facebook friend anda dengan prospek.

Untuk berbuat demikian, anda perlu tahu profile pelanggan anda (customer avatar) dan lubuk mana mereka berada. Jika anda arif tentang dua perkara ini, pasti anda boleh add mereka sebagai friend dengan mudah.

7 Tips yang mudah ni, anda betul-betul amalkan insyaAllah anda akan lihat impak & hasilnya nya pada bisnes anda tanpa perlu mengeluarkan KOS marketing untuk produk anda. Zero Cost Marketing. Best kan? 🙂

Nak belajar lebih banyak tentang tips pemasaran bisnes? Follow je Facebook Dr Maryam Aziz dan isikan maklumat anda dibawah untuk dapatkan FREE tips dalam artikel-artikel terkini kami yang lain nanti 🙂

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply