was successfully added to your cart.

TIP MUDAH MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN

TIP MUDAH MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN

dewan perkahwinan | hilde group

Cuti persekolahan bakal menjelma tak lama lagi. Pasti banyak majlis perkahwinan bakal dijalankan. Tidak kiralah di kota mahupun di desa. Hilde group dengan besar hati ingin memberi TIP MUDAH MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN untuk memudahkan urusan anda semua. Pemilihan dewan perkahwinan bukanlah perkara mudah yang boleh diambil sambil lewa. terdapat pelbagai jenis faktor yang harus diambil beratkan. Kerana majlis ini hanya berlangsung sekali seumur hidup anda semua, betul kan? jadi pemilihan dewan haruslah dipilih dengan betul dan teliti.

Tips memilih dewan perkahwinan adalah :

1.Survey Tarikh Kekosongan Dewan

Pastikan anda serve terlebih dahulu tarikh kekosongan dewan perkahwinan sebelum anda tentukan tarikh majlis anda. Ini adalah untuk mengelakan berlakukanya locatan harga yang mendadak kerana anda sudah tiada pilihan untuk booking dewan pada tarikh berkenaan jika kad kahwin telah dilakukan. pastikan anda memilih dewan dengan lebih awal untuk mendapatkan harga murah. Hubungi individu yang menguruskan tempahan dewan dan nego harga dengan baik.

2. Lokasi dan keluasan Dewan

Dewan yang berdekatan dengan rumah akan lebih memudahkan anda melakukan urusan persiapan majlis anda. Apabila tiba hari majlis, urusan anda dengan vendor yang akan melakukan kerja-kerja persiapan majlis mudah dipantau tanpa perlu berulang-alik dengan jarak yang jauh.  Selain itu, keluasan dewan juga haruslah ambil berat agar semua panggilan yang datang ke majlis selesa dan nyaman.

3.Kemudahan Dan Asas Dewan Yang Disediakan

Pastikan dewan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, penghawa dingin atau kipas dan bilik persalinan. Kebanyakan dewan menyediakan kemudahan asas ini. Jika mereka menyediakan kemudahan ini, pastikan anda membuat pemeriksaan terhadap keadaan kemudahan tersebut agar tidak menghadapi kesulitan di majlis gemilang anda. Yang paling penting pastikan penghawa dingin dan tandas berfungsi dengan baik.

4. Tempat Letak Kereta (Parking)

Untuk memastikan keselesaan tetamu anda, pastikan dewan yang anda tempah mempunyai tempat letak kereta yang luas. Ianya sangat penting bagi memastikan tetamu anda tidak berjalan jauh untuk mencari tempat letak kereta.

5. Dewan tidak bergema

Sekiranya anda menempah penyedia karaoke atau PA System, pastikan dinding dewan perkahwinan yang dipilih mempunyai ‘sound proof board’ atau penyerap bunyi. Ini penting untuk memastikan majlis anda tidak bergema dan mengganggu pelancaran majlis anda.

6. Buat Pemantauan Di Lokasi Dewan

Luangkanlah sedikit masa untuk datang ke dewan tersebut untuk melihat majlis orang lain dan kawasan sekitar dewan perkahwinan anda. Rasakan sendiri keselesaan dewan tersebut melalui pemerhatian anda dari jauh. Lihat pencahayaan dewan tersebut dan sebagainya.

Jika anda mempunyai masalah anda boleh melihat secara langsung Jardin Royale Transformation Hall di Star Avenue! semua kelengkapan lengkap beserta selesa. Anda boleh terus hubungi Cik Intan di talian 01156593110 untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply