was successfully added to your cart.

TIPS MARKETING ONLINE POWER PENGASAS MARY JARDIN. RUPANYA SENANG SANGAT BILA IKUTI 10 LANGKAH NI!

 Nak tahu tips marketing online power pengasas Mary Jardin?

tips marketing online

Kali ini kami ingin kongsikan tips marketing online power dari Dr Maryam Aziz. Berikut kami kongsikan nukilan dari Dr Maryam Aziz, Pengasas HILDE GROUP SDN BHD yang menghimpunkan 5 buah syarikat termasuklah MARY JARDIN. Nama Dr Maryam Aziz dan Mary Jardin memang tidak asing lagi di dalam dunia perniagaan dan beliau bersifat terbuka berkongsi rahsia marketing power yang beliau amalkan sendiri.

==========================================================================

Maryam rasa marketing susah sehinggalah Maryam faham satu ayat ni…..

Maryam dah janji untuk bagi tips marketing online power dan mudah, jadi hari ini Maryam nak kotakan janji itu 🙂 Berlagak betul bunyinya kan- marketing senang kononnya hehe. Sebenarnya Marketing memang senang. Cuma keberkesanan marketing tu yang susah sikit. Tapi bagi sesiapa yang dah biasa buat marketing, tak susah mana pun. Jika buat kadang-kadang, on off, tidak konsisten, sekejap-sekejap letak #IAmBack (ni kes selalu down dalam berbisnes, kemudian berhenti buat marketing, tiba-tiba selepas itu dpt semangat semula, buat comeback) Siapa macam ni?” Memang kelautan marketing anda.

Dulu Maryam rasa marketing ni susah sangat sehinggalah seorang guru berjaya gerudi satu ayat ke dalam otak Maryam. Ayat tu macam ni “Marketing is to make people see us”. Itu je marketing. Mudah kan? (teruskan baca kalau nak tau tips ok)

Laaaaa simple gila rupanya.

Contoh macam ni. Kita pandai buat kek sedap dan nak jual kek. Tapi kita malu nak menjual. Sebab apa? Sebab kita takut orang tak beli, sebab kita tak pandai buat ayat pancing suruh orang beli, sebab kita tak yakin kita mampu menjual dan sebagainya. Disebabkan semua itu, kita tutup mulut dan ambil jalan untuk tidak berbuat apa-apa! Rugi. Terrrrrsangat rugi. Sebab apa? Sebab kek kita sedap dan mungkin orang akan tergila-gila kan kek kita jika mereka rasa kek tu.

“Marketing is to make people see us”

Maksudnya orang marketing bukan menjual. Kita hanya nak orang tahu yang kita ada produk bagus yang boleh menyelesaikan masalah tertentu. Contohnya Maryam nak orang tahu yang Maryam ada produk Mary Jardin yang boleh menyelesaikan masalah nak jaga kulit muka menggunakan produk selamat, semulajadi dan bebas kimia. Maryam bagitau je. Dan Maryam buat marketing untuk pastikan orang tahu yang Mary Jardin wujud dan boleh menyelesaikan masalah tertentu. Maryam TAK SURUH BELI PUN  Itulah marketing. Kita tak pernah suruh orang beli. Kita cuma bagitau kita ada solution yang mereka mungkin perlukan. Marketing is very much a 1-way process. Ikut suka kita nak cakap apa atau nak buat apa.

Macamana nak bagi orang nampak kita? Jawapannya, berkomunikasilah di tempat yang ramai orang.

Cuba bayangkan kita jerit sekuat hati “Saya pandai buat kek. Kek saya sedap!!!!!!” Tapi kita jerit seorang diri dalam bilik kosong. Jadi kita berharap untuk siapa nampak kita dan dengar kita? Dinding dan tingkap dan pintu?

P/s lepastu complain tak dapat jualan . Marketing pun kelaut 😂

Ataupun kita jerit sekuat hati dalam hutan. Tak ada sesiapa pun yang dengar. Adakah kita mengharapkan harimau, monyet, ular dan gajah untuk berminat dengan kek kita?? Ini namanya salah customer avatar. Buat marketing kepada orang yang memang takkan berminat atau perlukan produk kita.

Atau kita berbisik bisik dalam dewan. Dalam dewan tersebut ada ramai orang yang mungkin berminat dengan kek kita. Tetapi kita tidak cukup lantang sampai orang tak dengar. Jadi nak buat apa? Ambilah mikrofon dan beritahu semua orang yang kita ada kek sedap dan mereka mungkin ingin cuba rasa. Perumpamaan ni sebenarnya kita buat marketing tapi offer kita tak jelas, mungkin poster tak menarik, orang tak tau kita boleh selesaikan masalah apa, dan kita tak cari lubuk yang menghimpunkan orang berpotensi menjadi pelanggan.

So ni Maryam bagi 10 TIPS MARKETING ONLINE POWER untuk anda amalkan bagi meletupkan bisnes anda.

  1. Kenal customer avatar (Kenal pasti ciri-ciri orang yang mungkin suka dengan produk anda)

  2. Kenal solusi yang anda boleh tawarkan (Masalah apa yang anda boleh selesaikan?)

  3. Kenal pasti lubuk pelanggan (Pelanggan anda duduk di mana? Mereka suka tengok tv? Kalau ya, channel apa? Mereka suka baca surat khabar? Kalau ya, surat khabar apa)

  4. Berikan offer yang jelas dan menarik (video, gambar, copywriting mesti jelas)

  5. Bersuara lantang (pilih medium untuk bersuara lantang. Gantung 1000 banner? Letak billboard? Gunakan fb ads? Pilih apa saja cara untuk bersuara lantang) Kalau boleh sampai nama kita melekat dalam otak prospek

  6. Letakkan call-to-action yang jelas. Beritahu pelanggan apa yang patut mereka lakukan sekarang. Pelanggan anda mungkin terpana melihat produk anda yang sangat best, dan mereka mungkin perlukan sedikit ‘nudge in the shoulder’ untuk berbuat sesuatu seperti “telefon kami sekarang untuk menjadi 100 orang bertuah dapatkan sampel kek percuma”

  7. 7. Bagi sampel untuk prospek cuba. Prospek biasanya sangat berprasangka dan tidak percaya dengan produk baru. Berikan mereka sampel untuk meningkatkan keyakinan mereka 🙂

  8. 8. Ceritakan tentang orang lain yang pernah mencuba produk anda dan berpuas hati. Prospek akan mudah percaya bila mendengar pengalaman orang lain. Pastikan anda jujur dan jangan overclaim ye 🙂

  9. 9. Ulang2 proses ini secara konsisten. Marketing bukanlah benda yang dibuat sekali dua terus harapkan hasil. Prospek akan membeli setelah terdengar tentang anda beberapa kali. Mereka yang tenggelam timbul dalam marketing, jangan harapkan result yang gempak ye sebab usaha anda sia sia sebenarnya

  10. 10. Belajar belajar dan belajar. Belajar bagaana syarikat lain buat marketing berkesan dan bolehlah tiruvasi 

==========================================================================

Inginkan lebih banyak tips bisnes dari Dr Maryam Aziz. Bolehlah follow Facebook beliau disini

Anda seorang usahawan? Pastikan anda dapatkan pelbagai tips disini ye

Anda berminat untuk memulakan bisnes sendiri dari rumah? Mungkin anda patut pertimbangkan beberapa kursus yang kami sediakan untuk wanita mulakan dari rumah

shazreeyana shukri makeup class

facial spa course

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply