was successfully added to your cart.

VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA

VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA

VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA|HILDE GROUP10 TIPS MEMBUAT VISION BOARD BERKESAN UNTUK USAHAWAN BERJAYA

Setiap usahawan yang ingin berjaya haruslah mempunyai vision board agar tidak terbabas dari landasan dan mengetahui hala tuju yang bakal dicapai.

  1. FIKIRKAN IMPIAN YANG BENAR-BENAR INGIN DICAPAI

Apabila anda ingin memulakan vision board yang berkesan untuk menjadi usahawan berjaya, anda haruslah fikirkan impian yang anda ingin benar mencapainya, ini akan membuatkan anda bersemangat untuk melakukan perkara yang anda ingin lakukan bersungguh-sungguh.

2. FOKUS PADA IMPIAN YANG MENYENTUH EMOSI

Fokus pada impian yang menyentuh emosi anda. Sesuatu yang menyentuh emosi akan lebih diingat dan lebih membakar semangat untuk melakukan vision board anda dengan lebih berkesan. Kebanyakan usahawan berjaya di luar sana mempunyai cerita yang menyentuh emosi untuk mereka terus bangun. Begitulah juga dengan anda.

3. BUAT SEKARANG JUGA DAN JANGAN BERTANGGUH

Salah satu sikap yang sangat sukar dielakkan oleh semua usahawan yang berjaya adalah sikap suka bertangguh. kita haruslah buang sikap ini jauh-jauh jika ingin berjaya. Setiap apa yang kita lakukan pastikan buat sekarang juga dan jangan bertangguh. Yakin pada diri anda!

4. LETAKKAN KATA – KATA MOTIVASI DI VISION BOARD ANDA

Untuk mengelak anda berasa “down’ atau hilang semangat. Pastikan anda meletakkan kata-kata motivasi di vision board anda.

5. GANTUNGKAN VISION BOARD DI TEMPAT MUDAH DILIHAT

Untuk memastikan anda tidak terbabas dari landasan yang betul. Pastikan anda gantungkan vision board di tempat yang anda mudah lihat. Ini akan memudahkan lagi bahawa anda ada visi yang perlu dilaksanakan.

6. LIHAT VISION BOARD SELEPAS SOLAT DAN BERDOA BERSUNGGUH – SUNGGUH.

Setiap apa yang anda lakukan haruslah berbalik kepadaNya. Selepas solat berdoalah bersungguh- sungguh kepadaNya untuk meminta supaya vision anda terlaksana dengan jayanya.

 

7. BACA VISION BOARD DENGAN LANTANG DUA KALI SEHARI

Untuk memberikan semangat kepada diri anda, pastikan anda baca vision board dengan lantang dua kali sehari supaya anda kembali bersemangat untuk melakukan vision anda.

8. BUAT VISION BOARD BERSAMA INSAN TERSAYANG BAGI MEWUJUDKAN KESEFAHAMAN

Untuk memberi kekuatan pada diri anda, buatlah vision board bersama insan tersayang anda bagi mewujudkan kefahaman agar anda tidak bergerak keseorangan. Sebagai contoh, pasangan anda mahupun keluarga anda.

9. LAKUKAN TEKNIK AFFIRMATION & VISUALIZATION BAGI MEMASUKKAN VISION BOARD KE DALAM MINDA SEPARA SEDAR

Lakukan teknik affirmation dan visualization bagi memasukkan vision board ke dalam minda separa sedar anda untuk menguatkan lagi vision dalam diri anda.

10. CERITAKAN IMPIAN ANDA KEPADA ORANG RAMAI SUPAYA ANDA TERUS KOMITED BERUSAHA MENCAPAINYA.

Akhir sekali, ceritakan impian anda kepada orang ramai supaya mereka sering mengingat anda kepada vision anda dan terus komited berusaha mencapaikanya. Nak tahu tips marketing online power pengasas Mary Jardin? boleh terus ke blog Hilde Group.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply